Yay, dah siap!

Semuanya sudah sedia untuk esok. Esok adalah 2 September 2016, tarikh lancarkan kempen pertama Shenget Studio setelah lama tidak ada apa-apa kempen iklan. Perniagaan akan malam dan akhirnya mampus tanpa strategi pemasaran yang betul. Selama ni Shenget Studio hanya diwar-warkan melalui mulut ke mulut, esok kami dah sub advertising kat satu entiti lain.

Kepada rakan-rakan sekalian, lepas ni boleh tengok ruangan menempah t-shirt Shenget Studio yang direka khas bagi menjawab soalan-soalan yang biasa aku ngan Atiqah hadapi. Korang boleh shoot tanya kat kitorang tanpa segan silu. Ada borang tempahan yang kami letak kat situ, boleh isi dan tunggu sampai kami Whatsapp anda.

Klik sini la wei!

Projek ‘Landing Page’ Shenget Studio

Hey guys assalamualaikum.

Aku baru balik ni dari buat PR dengan kengkawan. Ramai kengkawan aku ngan iqa dah bekerja bagus-bagus. Ramai juga yang jadi client Shenget untuk Tshirt. Jadi Shenget akan mengorak langkah untuk memudahkan prospek kami untuk berkomunikasi. Caranya mudah, MO guna website Shenget asalnya. Tapi projek dulu tergendala sebab aku silap langkah terbeli equipment printing, jadi sales funnel tu tergantung.

Fasa seterusnya adalah nak setup sales funnel bagi mudah urusan untuk client Shenget nak tempah baju. Sekarang dah 40%. Banyak nak kena buat, gambar nak kena tangkap, layout nak design, testing nak kena buat. Banyak kerja.

Doakan kami ye landing page ni siap cantik, bagi mudahkan kerja semua orang nanti.

Barang baru nak naik

Hai guys,

Lama tak post. Sorry. Aku baru kahwin dengan Iqa. Jadi job banyak hold untuk 2 bulan sebelum. Sangat sibuk untuk persediaan kahwin.

Anyway!

Kitorang dah sedia nak all out bisness. Tiada ape yang pelu ditakutkan lagi sebab aku rasa dah tiba masanya nak launch beberapa das kempen iklan printing.

Buat masa ni fasa pertama sedang berjalan. Fasa update website dan melakukan beberapa checkup pada sistem website sedia ada dan betulkan banyak error dalam website. Update itu ini, maklumlah berapa bulan tak buat maintenance kat Shenget ni ha. Iqa pun sedang merangka beberapa SOP baru, sebabnya kitorang dah duduk serumah, senang nak rangka SOP baru lepas dah duduk dekat.

So, Hopefully 4th quarter 2016 ni akan menjana inertia yang maha gempak untuk Shenget Studio.

Wish us luck guys!

Perubahan Organisasi

Secara rasmi bertarikh 18 Mei 2016 haritu, aku letak jawatan.

Sementara ni, aku masih lagi menolong Atiqah dalam percetakan dan operasi. Tapi aku bukan lagi partner dalam Shenget Studio. Aku nak buat benda lain. Lagi pun, syarikat Enterprise memang susah nak berurusan sekiranya terdapat 2 nama dalam satu syarikat.

Tunggu je la nanti projek terbaru dari Shenget Studio.

Buat masa ni belum lancarkan lagi sebab kami sibuk. Nanti kalau dah lancar, kami beritahu.

Cetak Baju Rustic Studio UiTM Puncak Alam

Ini adalah sample usaha kitorang di Shenget Studio dalam industri cetak baju di Puncak alam. Wah, bunyinya macam gempak. Rezeki kitorang untuk mendapat projek dari salah seorang student arkitek ni memang mengundang eksperimentasi yang yang mengejutkan kami.

Kenapa terkejut?

Tahu tak, sebenarnya projek ni dah diminta oleh designer tu, “Boleh tak tolong cetak dengan high quality?”

Jawapan kami, boleh je. Diorang sampai sanggup nak bayar mahal sikit untuk dapatkan hasil yang terbaik. Aku pun suka stail brader ni. Sangat senang berurusan.

Jadi partner aku Atiqah, terus kutip deposit selepas beberapa siri negosiasi di Whatsapp untuk menetapkan tarikh dan masa untuk berjumpa berbincang. Pada mulanya kami memang tidak menjangka akan mengunci projek ni. Sebab ini adalah pertemuan pertama dan biasanya pelanggan tidak terus bayar deposit.

Jangkaan kami meleset selepas menunjukkan sample baju pada brader ni, alhamdulillah dia bersetuju.

Hasilnya dapat dilihat di bawah:

Bahagian hadapan baju. Design simple, tetapi menarik.

Bahagian hadapan baju. Design simple, tetapi menarik.

Design belakang baju. Kecil. "Less is more" depa kata

Design belakang baju. Kecil. “Less is more” depa kata

Nak pack padat2 dan hantar dah ni

Nak pack padat2 dan hantar dah ni

Kepuasaan bila pelanggan terima pacaging macam ni dengan gembira... HUHUHU!

Kepuasaan bila pelanggan terima pacaging macam ni dengan gembira… HUHUHU!

 

Sememangnya aku tidak mendapat untung yang banyak dengan jual bercetak macam ni. Tapi aku akan bantu designer lain bagi menambahkan pendapatan lain dengan bakat yang mereka ada.

InsyaAllah, bulan 6 ini akan dilancarkan platform untuk para designer muda mengcungkil bakat design dengan platform yang kitorang sediakan. Shenget Studio akan melancarkan Projek Tee (Aku tak konfemkan nama projek ni lagi, asalnya nama aku bagi macam ni la) untuk mencetak dan menjual design korang dengan penuh gaya dan ekstrimis (ekstrimis konfiden).

Metodnya cuma bagi design > kami akan cetak baju anda > kami akan jual @ korang jual sendiri> korang makan royalti.

Apa yang perlu korang buat, Whatsapp aku kat 019-404 6632 (Ghafar) dan setup meeting untuk kita berjumpa dan beramas mesra. Aku akan cerita details dalam meeting tu.

Berapa yang korang kena keluar modal untuk jayakan Projek Tee korang sendiri?

ZERO~

Sebabnya modal itu dari Shenget Studio sendiri. Modal marketing, modal printing, modal itu ini semua Shenget Studio akan tanggung. Korang lepas hantar design boleh goyang kaki dan collect payment.

Mudah bukan?

So, rasa-rasa ada bakat? Meh wasap aku, aku cerita details projek masa appoiment.