Penukaran Polisi Pembayaran.

Akak stress sekarang. Payment akak tak dapat-dapat dah dekat sebulan setengah. Dulu janji lain, lepas dapat baju siap print dan bungkus, banyak pulak cekadak client akak sorang ni.

First client akak dulu, Line Clear Production. Modus operandi kami masa tu masih blurr. Sebab kami memang takda pengalaman langsung dalam urusan berniaga.

“Erm… Untuk downpayment memang susah nak keluarkan. Sebabnya duit tu kena dapat approval orang atas. Aku buat masa ni cuma boleh janji mulut saje. Bila baju dah siap, kitorang bagi duit,”

Wah, senang janji macam tu kan?

Ape lagi, kami setuju. Masa tu nasib kami baik sebab orang kitorang urus tu salah seorang kawan. Payment cuma delay seminggu. Itupun sebab nak clearkan cek. Seminggu tu risau je cek tendang. Parah la nak naik jumpe member kitorang tu. Seminggu beb, lama tuu!

Masa berlalu, kes sama berulang kembali. Servis terbaik sudah diberi. Baju sudah siap awal dari tarikh yang client minta. Tapi payment? Aduh. Macam pengemis.

Brader kami berurusan ni namanya kitorang gelar Mr A. Mr A ni HR kat syarikat AL. Syarikat AL ni berstatus Sdn. Bhd. Maknanya diorang konfem akan bayar kat kitorang. Persoalannya, bila? Pergh. Tengok pengemis dengan kitorang ni tak jauh beza. Saing-saing dah ni. Kata nak bayar seminggu lepas dapat baju, harammm… Awal bulan ni baru dapat payment. Itupun 55% dari full payment sepatutnya kiotang dapat. Lepas tu janji nak bayar semalam 15 hb, harammm… Sekarang akak dah┬ákontek dia. Nasib baik dah bayar. Kalau tak bayar, akak nak ketuk dia. Kalau boleh ketuk, nak ketuk. Sembang kencang. Janji Melayu (Memang melayu pun Mr A tu)

Dengan dua kejadian ini, maka dengan itu akak tak terima sudah stail sistem ‘bayar lepas dapat baju’. Kami ubah polisi kami jadi ‘no money, no talk’. Kalau nak buat juga dengan kami, letak downpayment 50% dari jumlah harga semua. Maaf, kerana ada makhluk seperti ini, kami terpaksa jadi begini.

Ps: Kami menelan belanja 6% GST ye. Sebab kami tak boleh nak claim kat gomen. Pakcik Maslan tak bagi.

Tarikh Rasmi Pelancaran Website

Walawei~

Alhamdulillah, setel dah kami punya website ni. Sekarang tinggal update sikit-sikit punya benda je. 2 minggu jugalah nak siapkan benda ni disamping menyusun gerak atur dengan production yang menimbun. Lepas ni jangan risau ye. Blog ni akan diupdate sekerap yang mungkin.

Tarikh nak lancarkan ada dalam 6 April. Tunggu je la sampai tarikh tu.

Sebarang masalah boleh terus hubungi kami ye.

Adios~