Page baru

Bulan Julai ni ada beberapa pembaharuan. Terutama bab harga.

Untuk itu, akak dah standby beberapa senarai harga baju dan senarai harga cetak dan bakal diletakkan dalam website untuk rujukan kawan-kawan semua.  Nanti kalau tetibe ada benda pelik dalam website macam tetibe ada page kosong tiada berisi, jangan pelik sebab akak ngah update sesuatu la tu. Jangan kome bantai kata website akak tengah down sekarang. Akak takik tengkuk tu karang.

Lagi satu, akak akan launch sistem buddies untuk ex-customer akak. Diskaun tak masuk akal dan boleh bunuh industri akak bagi. Akak tahu nanti mesti ada printer sound akak. Halahai…

Cuti-cuti Shenget

Template Pengumuman Shenget

Akak nak kabor awal-awal ni, akak dah cuti dari semalam.

Akak terpaksa berhenti ambil order gara-gara tamak order… Maafkan kami… Bukan order printing ye, order design yang melambak ni, kakitangan tak cukup… Last order kami semalam…

Special case untuk mereka yang nak order t-shirt kosong jenama Orensport dan Gildan, order masih dibuka kerana HQ yang akan pos kepada pengorder.

Kami akan sambung operasi pada pukul 2 petang 21 Jun 2015.

Sebarang pertanyaan boleh komen, pm, wasap dan sebagainya di nombor 011 3250 7626.. Jangan harap balasan segera seperti selalu… Sekiranya tak dapat dan mungkin kami di luar kawasan, boleh cuba mesej di website kami http://shengetstudio.com/hubungi-kami/ dan kami cuba untuk reply secepat yang mungkin….

Selamat menyambut Ramadhan semua!!

~ Akak Shenget yang chanteq