Dalam pembikinan

Assalamualaikum dan hai,

Ini adalah website blog khas untuk geng printer 1 Malaysia. Kiranya macam direktori perkongsian para pencetak dalam Malaysia. Tapi kami masih belum update apa-apa lagi sebab website ini masih dalam proses update.

Clean

Beli barang-barang silkscreen

Akak ada beberapa job nak kena setelkan minggu ni. Maklumlah, akak tak mahu tetiba nanti ada yang clain akak punya order lambat sampai la. Jadi sebelum apa-apa terjadi, baik akak keluar rumah hari ni dan beli barang-barang silkscreen.

Melihat dari keadaan cuaca, akak malas nak gerak. Sebab, kalau ikut mood akak dan cuaca, kami seolah-olah memahami satu sama lain. Hahaha… Acah-acah je. Kalau akak tak keluar hari ni, alamat delay la kerja akak mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Silkscreen

Silkscreen Block

Ape je yang akak beli hari ni?

Ada 3 benda. Pertama blok silkscreen ada 3 buah, rubber dye hitam dengan rubber dye kuning. Itu je beli. 4 item. Akak takda bawa banyak cash. Nasib baik ada supplier akak cam akak wakti sampai kedai. Mana taknya, akak dapat diskaun 10%. Alah, sebenarnya 10% tu diskaun keahlian sahaja. Akak cuma jimat 6% je dari GST. Haa… Nampak tak?

GST dah kena kat akak, tapi korang semua tak kena GST sebab akak tak layak untuk kenakan GST. Akak kompeni kecik je. Kompeni tak sampai setahun up dalam indsutri. Jadi terus terang akak cakap, supplier akak semua terpaksa cas GST kat akak sebab diorang sendiri dah kena GST. Akak masih tak nampak lagi macam mana GST ni mampu menurunkan harga barang. Nak ngadu dengan kerajaan, memang 2018 je la jawabnya.

GST

Bazir duit bayar GST tu…

Pendekatan yang akak boleh buat bila dah macam ni adalah GST tidak akan dikenakan keatas pelanggan. Akak tak sokong pelaksanaan GST ni. Akak tahu korang juga terbeban dengan GST. Jadi akak serap semua kos GST dikenakan dengan harapan korang tidak merungut sekiranya harga berubah2 nanti.

Keh keh keh….

Harga baju dan cetak buat masa ni masih maintain. Tiada perubahan besar mungkin sehingga akhir tahun ini. Jika ada sebarang perubahan, akak update dalam FB, insta atau twitter.

Barang-barang untuk projek minggu depan ni dah beli, tiba masanya untuk akak susun atur tempahan yang ada supaya tidak serabut dikemudian hari.

Cara Menetap Harga Baju Tshirt Online

Tajuk agak klise disitu sebenarnya. Akak dah explain banyak kali tapi kali ni ada perbezaan sedikit sebab senarai harga sudah siap. Jadi maklumat mengenai harga sudah boleh di-ekstrak terus dari sumber. Korang boleh agak harga dan bezakan harga antara pencetak yang lain. Dalam masa depan harga tersebut akan dipinda, tapi pindaan dilakukan tidaklah kerap seperti perubahan harga minyak petrol sekarang.

Semestinya kami tidak terikat dengan mana-mana kontrak dan ini membolehkan kami untuk menetapkan harga sukahati kami.

Tapi tu tak power derr...

Harga power kami boleh dapat lagi power kalau korang terus wasap akak 011- 3250 7626 dan terus beri maklumat. Akak akan cadangkan supaya korang boleh dapat tshirt yang berkualiti berbaloi dengan budget korang. Akak nak tolong ye ni, jadi jangan segan nak tanya.

Cara penetapan harga secara kasar boleh dirangkumkan begini:

Harga jenis baju:
Foursquare atau
Gildan atau
Orensport atau
Raglan Custom

+

Berapa warna cetakan yang mahu. Senarai harga cetakan rujuk sini. Guideline dia, 1 lokasi (depan, belakang, dalam @ lengan), 1 warna bersamaan 1 harga.

Print 1 warna Shenget Studio -2

Print 1 warna Shenget Studio -2

Print 1 warna Shenget Studio

Print 1 warna Shenget Studio

Print 2 warna Shenget Studio

Print 2 warna Shenget Studio

Print 2 warna Shenget Studio-2

Print 2 warna Shenget Studio-2

Print 4 warna Shenget Studio -2

Print 4 warna Shenget Studio -2

Print 3 warna Shenget Studio

Print 3 warna Shenget Studio

Print 4 warna Shenget Studio

Print 4 warna Shenget Studio

 

Atas adalah contoh cetakan dan bilangan warnanya. Ini adalah untuk solid color artworks. Kalau gradient macam mana? 

Itu sebablah akak perlukan design penuh dari korang supaya mudah kerja korang nanti terus dapat harga. Korang pun tak tension plak nanti kalau akak tanya macam-macam. Sebab akak dah tahu details, akak tak tanya banyak2 la nanti.

Kalau takda design macam mana? Akak boleh designkan. Tapi bab design akak cerita nantilah sebab post ni bukan pasal design.

Itu adalah cara penetapan harga secara kasar sekiranya berminat untuk menempah tshirt online, boleh terus Whatsapp akak di 011- 3250 7626 atau mengisi borang tempahan kami sediakan 24 jam.