Interview: Brader Khairul

Aku baru balik dari jumpa seorang kawan printer ni. Dia ade projek lebih sikit, jadi dia kasi sikit kat aku. Tapi bukan projek tu aku nak cerita. Aku nak cerita pasal seorang brader ni bersama kedai barunya di  pekan Meru.

Aku jumpa dia tadi dalam pukul 9. Lama tak jumpa brader ni. Dulu aku ade sub dia heatpress dengan DTG. Tapi sekarang dia tak buat DTG dah. Tak balik modal katanya. Jadi dia fokus pada heatpress.

Nama brader ni Khairul. Umur dia muda lagi. Baya2 abg aku juga. Rumah dia di Puncak Alam Fasa 2. Aku jumpa dia kat Fasa 3 dalam bulan 2 atau 3 dulu. Dia ternampak iklan aku kat mudah.my. Aku iklankan perkhidmatan silkscreen kat area Puncak Alam ni dulu. Masa aku jumpa dia, dia kata aku antara peniaga silkscreen tunggal di Puncak Alam.

Masa tu aku baru pindah sini. Aku tiada network besar kat area Puncak Alam. Masa aku jenjalan cari peniaga silkscreen lain susah juga nak jumpa. Mungkin juga aku jenjalan blah malam dan diorang dah tutup kot. Jadi masa dia cakap tu, aku iakan je. Maklumlah, x tahu. Hahaha….

Brader Khairul ni mula bisness dari rumah je. Masa aku dok lepak kt rumah dia, memang rumah dah macam kilang. Time tu dia buat part time je. Full time dia kerja kilang kat Shah Alam. Aku rasa dia engineer la kot, sebab depan rumah dia ade seketul motor besar dengan kereta Preve paking. Bukan calang2 orang.

Mula je dari rumah dan sekarang dah setup 1 kedai merangkap butik dia kat Pekan Meru. Pada aku itu dah cukup bagi inspirasi dah. Aku tgk dia awl tahun ni macam mana dulu sampai dia jadi sekarang. Gila betul investment dia.

Patut senyap lama. Kontek tak, ape tak. Last week kontek aku, rupe2nye dia dah ade kedai. Dia bos, dia juga kuli. Jadi la kan… memula… Nanti kalau dah besar sikit, boleh la upah orang kerja.

Dalam kedai dia ada banyak juga baju2 yg bukan dalam scene aku. Bukan minat aku la senang cakap. Baju softball,  American football, Basketball, topi rare pejadah lg la.

Tgk je la gambar kt bawah ni ha.

image

image

Bayangan tak nampak tu dia la. Hahaha…

Jadi kalau korang nak singgah, boleh usha kat Bazar Asy-syarif. Alah… dekat tapak mesjid lama dulu. Nanti kalau dia tanya mana tau, korang seru nama aku… mana tau boleh dapat diskaun. Hahahaha!

Ni kedai dia…

image

Dia tutup pukul 10 malam, hari2 buka.

Projek: I’m the Bride

Aku nak cerita kali ni pasal satu projek yg aku rasa syiok buat. Syiok buat sebab seluruh proses dia dari awal sampai akhir berjalan dengan lancar. Ada banyak projek macam ni, tapi kenalah share satu per satu. Kalau tak nanti korang pun serabut baca, tak tersusun.

Projek ni sangat simple. Satu projek enam helai baju Gildan lengan panjang round neck dengan 1 warna. Dari enam helai tu, lima helai warna kelabu dan sehelai warna Navy Blue. Gambar kat bawah ni adalah antara yang sempat aku tangkap masa proses percetakan sedang berlangsung.

image

image

image

image

image

Nampak simple bukan?

Yup, memang simple. Aku suka design yang simple. Tak kiralah satu warna atau dua warna, janji simple. Masuk design yang ada 3 warna, itu kurang la. Lebih dari 3 warna aku x suka. Sebab apa tak suka? Sebab leceh. Nak buat banyak benda kalau design tu lebih 3 warna. Kalau 3 warna tu pada aku dah optimum. Lebih 3 warna aku cadangkan heatpress je senang. Kalau heatpress, kau nak warna ape pun tak kesah.

Aku follow SOP printing aku sendiri. Setup sistem yang mana kalau aku ada pekerja nanti (InsyaAllah), dia boleh ikut sistem yang ada. Tak kira, muda, tua, lelaki atau perempuan, semua boleh ikut.

Tapi agak sedih juga malam tadi masa buat. Batang sekuji aku terendam air lama sangat sampai berkulat. Aku suspek reput je batang sekuji aku tu. Dah rosak satu aset. Sebab terendam lama juga, spatula aku pun karat. Nak kena lebih hati2 ni.

Ada satu benda yg aku geli nak share, tapi kena share. Sebab kelakar.

image

Boleh pulak binatang ni mati atas meja printing aku… silebet betul. Aku nak masuk baju kat meja baru perasan. Aku agak dia jatuh dari syiling. Lepas tu tak dapat gerak seba table glue meja printing aku ni kuat sangat agaknye. Dulu pun ade cicak yang mati gak tempat yang sama. Bau tempat tu pekong gila cicak la…. keh keh keh… Jangan muntah sudah la…

SOP Baru Untuk Department Baru

Hahaha…

Setelah lama kami berniaga, hanya malam tadi kami baru buat keputusan untuk membuat dokumentasi dan penyimpanan rekod secara bersistem. Serius, aku dengan Atiqah bukan sumber terbaik kalau nak rujuk bebenda berkaitan akaunting dan seumpamanya. Kami memang tak berapa ngam dengan nombor. Tapi itulah yang seronok kami buat. Hari-hari kami akan dapat ilmu baru. Tak kira dari apa bidang dan cabang, tapi hari-hari mesti ada imput baru yang kami akan dapat.

Malam kelmarin aku dengan Atiqah pergi berguru dengan seorang kenalan aku dari tempat kerja fulltime aku. Memang tidak dinafikan aku dengan nombor memang ada sejarah yang buruk. Aku tidak ada bakat dalam nombor semenjak dari aku kena hafal sifir masa sekolah rendah. Aku kenal matematik dengan kaedah yang buruk dan teruk masa disekolah. Siapa tak hafal sifir, teruk kena malu. So, kerana malu tu la aku takda nak pandai dalam matematik.

Macam Atiqah, aku akui dia memang hebat bab nombor ni. Jadi kami sepakat yang dia akan jaga bahagian akaun dan rekod-rekod dalam syarikat.

Masalah kami adalah aku dengan Atiqah takda belajar prinsip perakaunan dan itu sangat menyukarkan kami untuk membina sistem kewangan dalam Shenget. Aku minta dia hubungi kawan-kawannya yang ahli dalam bidang perakaunan, tapi malangnya dia tidak mempunyai jaringan sepertimana aku.

Alhamdulillah, berkat aku berkerja secara sepenuhmasa di sebuah syarikat media dalam Malaysia ini membolehkan kepelbagaian jaringan aku sendiri. Aku terus menghubungi Shahrul. Beliau salah seorang staff dalam finance department kompeni aku kerja ni dan kini beliau bekerja sepernuh masa dalam sebuah firma pengauditan di Damansara. Pada aku, beliau adalah salah seorang ahli dalam bidang perakaunan dan boleh membantu aku.

Alhamdulillah juga, kami berjumpa juga malam tadi.SME Account #1
Hasil daripada perbincangan kami, aku dapat rumuskan:

1. Kami kena betulkan kedudukan cashflow yang masih samar-samar supaya keputusan boleh dbuat dengan mudah dimasa hadapan. Setup SOP sendiri.

2. Wujudkan satu akaun khas dimana-mana bank pilihan kami sebagai permulaan untuk menyelaraskan sistem kewangan syarikat.

3. Betulkan format buku tunai (Cash Book) sedia ada. Kami tak tahu format, jadi cash book kami memang stail kampung.

4. Wujudkan beberapa buku lain untuk rekod. Senang nanti nak rujuk semula sekiranya ada perkara-perkara berbangkit.

Dan memang jelas dan nyata banyak perkara aku dengan Atiqah kena buat untuk memastikan aliran tunai kami teratur dan tidak menimbulkan unsur-unsur ragu dalam menetapkan keputusan pada masa hadapan.

Shahrul cakap dengan kami yang ada perkara lain lagi yang perlu kami buat, tapi buat masa ini, cukup dulu dengan 4 perkara utama ini dahulu.

Budi Bahasa Budaya Kita

Aku dengan Atiqah agak bengang hari ni. Ceritanya pendeknya begini:

Kami meeting dan Atiqah bagi update berkenaan tempahan baru masuk dan permasalahan yang dihadapinya ketika berurusan dengan pelanggan. Memang kami sakit hati tau.

Melayan pelanggan yang tak faham dan kurang hajar.

Ape ingat aku dengan dia ni kuli kau ka? Tahu la sudah bayar, jadi adakah ini bermakna kami ini tiada hati dan perasaan setelah dikutuk begitu? Sangat tidak sopan. Jadi aku dengan Atiqah sedang berkira-kira juga untuk teruskan projek dia bersama kami. Hancusssss…

End up kami proceed juga.

Post lain la aku share macam mana benda ini boleh terjadi. Aku nak kena setelkan order dia dulu ni.