Tak semua design boleh buat

Kami di Shenget Studio banyak terima pertanyaan yang kompleks dan pelik-pelik. Kali ni kami memang nak cerita satu benda supaya bakal-bakal pelanggan dan pelanggan yang lepas dapat mengambil iktibar dalam kes yang selalu kami dapat.

Minggu ni ramai prospek pelanggan kami bertanyakan maklumat berkenaan baju. Tu biasa. Lagi biasa selepas dapat harga mereka senyap seribu bahasa. Keh keh keh. Sifu aku kata pun benda tu biasa.

Jadi apa yang biasa pelanggan buat adalah memberi skrip soalan seperti dibawah:

Design Tshirt Tak Boleh Buat

Unik kan? Tak gitu?

Gambar diatas adalah illustrasi yang kerap kami terima dan kadang-kala jenuh nak explain banyak kali dengan bahasa yang mudah pada mereka. Memang rumit nak memahamkan pelanggan berkenaan FAQ yang kami terima.

Tapi rakyat Malaysia kengkadang memang ‘state of the obvious’ sebab pengalaman kami memang macam tu. Dulu waktu aku dengan Atiqah berada dalam industri buku Malaysia, kami ada tour untuk jual buku dan rata-rata pelanggan akan tanya, “berapa harga buku-buku ini dik,” walaupun dihadapan gerai kami sudah terang tertulis, ‘3 buku RM50’. Agaknya nak kena tonyoh kat batang hidung baru nampak ke macam mana?

Kami suka prospek yang bertanya begitu. Itu adalah indikator kepada persoalan, ‘diorang ni minat ke nak beli buku?’ dan untuk itu kami akan kembangkan 1 soalan tadi menjadi soalan yang lain supaya satu bentuk perbualan terhasil. Perbualan tersebut akan menambah minat mereka untuk membeli produk kami dengan harga yang berpatutan.

Kalau baju agak kompleks sikit sebab kami memang tak dapat terima pelanggan punya design yang merapu dan bukan dalam bentuk solid color. Kalau untuk itu, biasanya kami akan outsource untuk DTG dan bukan silkscreen. Maka bayaran dia pun bukan biasa kerana metod percetakan pada pakaian itu adalah berbeza dari apa yang kami tawarkan.

Perhatikan design yang diberi. Ada banyak warna dan shadow design tersebut agak tidak tersusun rapi. Sememangnya agak kompleks untuk menggunakan teknik silkscreen. Bukan kami taknak buat, tapi kami tiada mesin untuk DTG. Mesin dia mahal woo…

Hahaha!

Air takda woi!

Aduh. Rumah aku seminggu dah taka da air. Susah sikit nak buat bisness kalau takda air. Semenjak hari sabtu lepas sehingga hari ini masih tiada air. Kenapa aku dok bebel pasal air?

Untuk mencetak baju sememangnya perlukan air dalam kuantiti yang banyak kerana air diperlukan untuk beberapa perkara penting seperti:

  1. Bersih membersih.

Ini adalah pokok utama kenapa aku perlukan air terutama ketika sesuatu projek percetakan baju dibuat. Asset-aset aku perlukan mandian secukupnya untuk memastikan ketahanan fizikal mereka. Ini kerana bahan-bahan kimia dalam proses cetakan boleh menyebabkan asset-aset percetakan mudah rosak.

Aku teringat kata-kata mentor aku berkenaan asset-aset yang rosak, malah sewaktu di GIATMARA di Teluk Intan, cikgu aku memang menitikberatkan berkenaan kebersihan alatan dan kawasan persekitaran. Jadi biasanya air adalah medium yang kami gunakan untuk bersih membersih ini.

Sewaktu dalam kelas asas cetakan bersama mentor aku, kami dipesan untuk mencuci segala-gala alatan yang kami telah gunakan dan bakal gunakan. Agak biasa sekiranya kami dikehendaki mencuci alatan selepas digunakan, tetapi kami dikehendaki mencuci alatan sebelum digunakan.

Pernah satu ketika dalam kelas tersebut, salah seorang peserta dari kalangan kami yang mempunyai sekuji yang agak kotor. Kelihatan dye berketul-ketul dihujung sekuji dia. Apabila ditekan untuk meratakan dye atas blok, hasil cetakan tidak sama rata kerana ketulan dye lama sangkut pada hujung sekuji. Memang merugikan masa, tenaga dan otak nak fikir untuk bersihkan baju cetakan dan alatan. End up hasil tidak memuaskan.

Bagi aku pula kebersihan memang penting. Nak elak blok tersumbat, nak jaga kualiti cetakan, nak jaga jangka hayat alatan cetak. Sangat penting. Katakanlah aku ada satu blok kayu. Jangka hayat dia sekiranya aku boleh maintain keadaan fizikal, mampu menjangkaui 3 tahun. Itu sifu aku katalah. Haaa… Bayangkan kos sekali bayar dapat bertahan 3 tahun. Tak ke jimat. Bukan kedekut, tapi jimat.

  1. Campuran kimia bahan cetakan.

Rubber dye adalah water based. Jadi memang kena campur sedikit air untuk pastikan kelikatan dia dapat dikawal. Kalau ikutkan asalnya, ada satu bahan kimia lain dipanggil binder digunakan untuk mencairkan dye. Tapi sifu aku guna air je. Tapi jangan terlalu cair pula sebab itu akan menyebabkan hasil cetakan menjadi kembang dan tidak cantik.

Kalau ikutkan bukan sembarangan air boleh digunakan kerana air paip memang mengandungi klorin yang boleh menyebabkan tindak balas kimia pada dye. Kebiasaannya apa bila dye ‘expired’ selepas campuran air dan dye mengeluarkan lapisan ‘minyak’ pada permukaan air. Boleh digunakan, tapi kualiti cetakan akan menurun. Kalau ikutkan sifu aku, dia buang ja dye tu. Jaga kualiti katanya.

Kesimpulan.

Tah bila air nak ada kat rumah aku ni. Ada job tengah tunggu ni.

Perlu Ke Kena Daftarkan Perniagaan?

Soalan ini adalah antara yang popular bila mula-mula Shenget ditubuhkan. Kami juga dulu bergerak secara ‘haram’ lebih kurang setahun sebelum perniagaan kami didaftarkan. Tak tenang nak buat urusniaga kalau pendaftaran perniagaan tidak dibuat. Supplier susah nak bagi harga supplier, diorang akan kira kita sebagai end-user. Pelanggan turut tak percayakan kita sebagai entiti perniagaan.

Jadi nasihat aku, korang yang baru nak berjinak-jinak dengan perniagaan bolehlah daftar dulu perniagaan walaupun dengan hanya 1 produk atau servis buat masa ini. Apa, kalau daftar perniagaan akan dikenakan cukai terus ke?

Kome jual dadah ke ape? Mabuk ketum?

Kenapa harga display dengan harga lepas Whatsap lain?

Soalan atas tu kami biasa dapat sekiranya individu terbabit melihat senarai harga dalam website shengetstudio.com dan terkejut akan perbezaan harga antara dua harga tersebut.

Antara sebabnya kenapa kami asingkan harga display dengan harga sebutharga selepas di Whatsapp, PM atau call ada beberapa perkara seperti tercatat dalam senarai dibawah:

1. Menyaring pelanggan dahulu.

Itu memang matlamat utama perbezaan dua harga. Kenapa nak saring? Sebabnya kami mahu bezakan antara pelanggan yang serius untuk berurus niaga dan pelanggan hanya nak tahu harga. Ada beza dua itu. Ada pelanggan selepas mendapat tahu harga, dia terus tidak hubungi kami terus atas faktor murah dan mahal. Bazir masa layan pelanggan macam ni sebenarnya. Tapi walaupun harga sudah beza, dan mereka sudah Whatsapp atau call, akan ada terus tidak menghubungi kami. Biasa la tu~

2. Keseriusan untuk mencetak t-shirt.

Ikut logik akal, sekiranya anda mahu mencetak baju atau niat untuk mencetak baju, sudah pasti anda sudah menyiapkan beberapa data penting yang kami mahukan dalam setiap urusan meminta sebut harga. Antaranya adalah kuantiti baju, jenis baju, design printing, tarikh siap dan budget. Pada tahap ini kami memang menganggap anda sudah siap sedia untuk berurusniaga dengan anda.

Ada maklumat tersebut akan memudahkan kerja kami bagi harga, secara automatik harga display tidak valid sebab harga kami bagi sebutharga adalah harga yang sesuai dan berpatutan dengan kualiti dan kuantiti tempahan. Lain harganya.

3. Keperluan setiap projek.

Ada maklumat yang kami perlukan mungkin boleh mengurangkan kos cetak anda. Jangan risau, kami pun pemalas, jadi kami akan cas murah sebab kami sudah ada cara untuk memudahkan kerja kami dan menjimatkan anda. Jelas sini menunjukkan keperluan setiap projek adalah berbeza mengikut kuantiti, jenis baju, rekabentuk cetakan, waktu siap tempahan dan bajet pelanggan sendiri.

Kami memang nak bantu anda mengurangkan kos. Jadi harga dalam website adalah harga yang paling mahal kami bagi. Dia tidak akan melebihi dari harga display di website.

Kesimpulan.

Sekiranya anda nak tahu harga sebenar sesuatu baju untuk dicetak, boleh terus pergi ke cara-cara menempah. Isikan borang dan kami akan follow up secepat yang mungkin menerusi Whatsapp. Itu yang paling cepat, mudah dan tepat.