Jurnal Bisness Aku Hilang

Sepatutnya kitorang update pasal Tshirt KSP ni. Akibat banyak sangat perkara berlaku, aku asik tangguh je. Nak tulis kat blog ni pun ambil masa yang agak lama. Nak menulis perlukan mood.

Jadi mood aku dah datang malam ni. Tapi sikit je la sebab aku ditimpa musibah. Jurnal bisness aku buat semenjak 10 bulan yang lepas dah hilang sebab Samsung galaxy Note 8.0 aku terformat. Aku tak tahu macam mana, tapi tiba2 hilang.

Paling sedih, semua jurnal bisness aku yang aku tulis dah hilang macam tu aje.

Aku rasa lepas ini jurnal bisness aku akan tulis dalam blog ni aje la. Mungkin ada sesetengah post tu aku hidden. Mungkin kerana terlalu sensitif untuk aku kongsikan. Sensitif dari pihak aku, atau pihak pelanggan.

Kadang-kadang aku tulis sebagai nota kebodohan diri. Tentang apa yang aku belajar selama setahun lebih berniaga kecil-kecilan.

Entahlah.

Kembali menjadi tiada mood.

10 bulan punya entri kot. Eh, sial la!