Projek ‘Landing Page’ Shenget Studio

Hey guys assalamualaikum.

Aku baru balik ni dari buat PR dengan kengkawan. Ramai kengkawan aku ngan iqa dah bekerja bagus-bagus. Ramai juga yang jadi client Shenget untuk Tshirt. Jadi Shenget akan mengorak langkah untuk memudahkan prospek kami untuk berkomunikasi. Caranya mudah, MO guna website Shenget asalnya. Tapi projek dulu tergendala sebab aku silap langkah terbeli equipment printing, jadi sales funnel tu tergantung.

Fasa seterusnya adalah nak setup sales funnel bagi mudah urusan untuk client Shenget nak tempah baju. Sekarang dah 40%. Banyak nak kena buat, gambar nak kena tangkap, layout nak design, testing nak kena buat. Banyak kerja.

Doakan kami ye landing page ni siap cantik, bagi mudahkan kerja semua orang nanti.

Barang baru nak naik

Hai guys,

Lama tak post. Sorry. Aku baru kahwin dengan Iqa. Jadi job banyak hold untuk 2 bulan sebelum. Sangat sibuk untuk persediaan kahwin.

Anyway!

Kitorang dah sedia nak all out bisness. Tiada ape yang pelu ditakutkan lagi sebab aku rasa dah tiba masanya nak launch beberapa das kempen iklan printing.

Buat masa ni fasa pertama sedang berjalan. Fasa update website dan melakukan beberapa checkup pada sistem website sedia ada dan betulkan banyak error dalam website. Update itu ini, maklumlah berapa bulan tak buat maintenance kat Shenget ni ha. Iqa pun sedang merangka beberapa SOP baru, sebabnya kitorang dah duduk serumah, senang nak rangka SOP baru lepas dah duduk dekat.

So, Hopefully 4th quarter 2016 ni akan menjana inertia yang maha gempak untuk Shenget Studio.

Wish us luck guys!