Beli barang-barang silkscreen

Akak ada beberapa job nak kena setelkan minggu ni. Maklumlah, akak tak mahu tetiba nanti ada yang clain akak punya order lambat sampai la. Jadi sebelum apa-apa terjadi, baik akak keluar rumah hari ni dan beli barang-barang silkscreen.

Melihat dari keadaan cuaca, akak malas nak gerak. Sebab, kalau ikut mood akak dan cuaca, kami seolah-olah memahami satu sama lain. Hahaha… Acah-acah je. Kalau akak tak keluar hari ni, alamat delay la kerja akak mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Silkscreen

Silkscreen Block

Ape je yang akak beli hari ni?

Ada 3 benda. Pertama blok silkscreen ada 3 buah, rubber dye hitam dengan rubber dye kuning. Itu je beli. 4 item. Akak takda bawa banyak cash. Nasib baik ada supplier akak cam akak wakti sampai kedai. Mana taknya, akak dapat diskaun 10%. Alah, sebenarnya 10% tu diskaun keahlian sahaja. Akak cuma jimat 6% je dari GST. Haa… Nampak tak?

GST dah kena kat akak, tapi korang semua tak kena GST sebab akak tak layak untuk kenakan GST. Akak kompeni kecik je. Kompeni tak sampai setahun up dalam indsutri. Jadi terus terang akak cakap, supplier akak semua terpaksa cas GST kat akak sebab diorang sendiri dah kena GST. Akak masih tak nampak lagi macam mana GST ni mampu menurunkan harga barang. Nak ngadu dengan kerajaan, memang 2018 je la jawabnya.

GST

Bazir duit bayar GST tu…

Pendekatan yang akak boleh buat bila dah macam ni adalah GST tidak akan dikenakan keatas pelanggan. Akak tak sokong pelaksanaan GST ni. Akak tahu korang juga terbeban dengan GST. Jadi akak serap semua kos GST dikenakan dengan harapan korang tidak merungut sekiranya harga berubah2 nanti.

Keh keh keh….

Harga baju dan cetak buat masa ni masih maintain. Tiada perubahan besar mungkin sehingga akhir tahun ini. Jika ada sebarang perubahan, akak update dalam FB, insta atau twitter.

Barang-barang untuk projek minggu depan ni dah beli, tiba masanya untuk akak susun atur tempahan yang ada supaya tidak serabut dikemudian hari.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *