Cetak Baju Rustic Studio UiTM Puncak Alam

Ini adalah sample usaha kitorang di Shenget Studio dalam industri cetak baju di Puncak alam. Wah, bunyinya macam gempak. Rezeki kitorang untuk mendapat projek dari salah seorang student arkitek ni memang mengundang eksperimentasi yang yang mengejutkan kami.

Kenapa terkejut?

Tahu tak, sebenarnya projek ni dah diminta oleh designer tu, “Boleh tak tolong cetak dengan high quality?”

Jawapan kami, boleh je. Diorang sampai sanggup nak bayar mahal sikit untuk dapatkan hasil yang terbaik. Aku pun suka stail brader ni. Sangat senang berurusan.

Jadi partner aku Atiqah, terus kutip deposit selepas beberapa siri negosiasi di Whatsapp untuk menetapkan tarikh dan masa untuk berjumpa berbincang. Pada mulanya kami memang tidak menjangka akan mengunci projek ni. Sebab ini adalah pertemuan pertama dan biasanya pelanggan tidak terus bayar deposit.

Jangkaan kami meleset selepas menunjukkan sample baju pada brader ni, alhamdulillah dia bersetuju.

Hasilnya dapat dilihat di bawah:

Bahagian hadapan baju. Design simple, tetapi menarik.

Bahagian hadapan baju. Design simple, tetapi menarik.

Design belakang baju. Kecil. "Less is more" depa kata

Design belakang baju. Kecil. “Less is more” depa kata

Nak pack padat2 dan hantar dah ni

Nak pack padat2 dan hantar dah ni

Kepuasaan bila pelanggan terima pacaging macam ni dengan gembira... HUHUHU!

Kepuasaan bila pelanggan terima pacaging macam ni dengan gembira… HUHUHU!

 

Sememangnya aku tidak mendapat untung yang banyak dengan jual bercetak macam ni. Tapi aku akan bantu designer lain bagi menambahkan pendapatan lain dengan bakat yang mereka ada.

InsyaAllah, bulan 6 ini akan dilancarkan platform untuk para designer muda mengcungkil bakat design dengan platform yang kitorang sediakan. Shenget Studio akan melancarkan Projek Tee (Aku tak konfemkan nama projek ni lagi, asalnya nama aku bagi macam ni la) untuk mencetak dan menjual design korang dengan penuh gaya dan ekstrimis (ekstrimis konfiden).

Metodnya cuma bagi design > kami akan cetak baju anda > kami akan jual @ korang jual sendiri> korang makan royalti.

Apa yang perlu korang buat, Whatsapp aku kat 019-404 6632 (Ghafar) dan setup meeting untuk kita berjumpa dan beramas mesra. Aku akan cerita details dalam meeting tu.

Berapa yang korang kena keluar modal untuk jayakan Projek Tee korang sendiri?

ZERO~

Sebabnya modal itu dari Shenget Studio sendiri. Modal marketing, modal printing, modal itu ini semua Shenget Studio akan tanggung. Korang lepas hantar design boleh goyang kaki dan collect payment.

Mudah bukan?

So, rasa-rasa ada bakat? Meh wasap aku, aku cerita details projek masa appoiment.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *