Fakta Shenget #ProsesTempah (Design)

#Design

Design adalah orang Melayu panggil, tapi orang jawa panggil reka letak. Reka letak bermaksud susun atur kerja seni atas t-shirt. Akak tak kisah korang nak panggil benda ni apa, tapi akak tahu yang design akan merujuk segala corak yang akan melekat pada baju. Ini termasuk warna dan lokasinya.

Agak susah bagi akak kalau nak bagi harga sebab kebiasaanya orang dah ada design baru cari akak. Kalau setakat nak bertanya seperti angin lalu melempas rindu, akak pun bagi harga bagai angin lalu melepas rindulah. Susah sangat akak nak bagi harga sebenarnya. Tapi memang macam tu hakikatnya. Ada design, ada quotation. Takda design, cari/ buat/ tempah design dahulu baru cari akak.

Persoalannya, celah mana nak cari designer?

Jangan risau, akak pun ade offer servis design khas untuk baju korang. Paling rendah akak boleh cas RM 50 satu design. Harga tu hanya diberi sekiranya korang jadi tempah baju dengan akak. Harga special. Main business akak cetak tshirt, bukan design. Kalau ada yang marah, kesah pulak akak…

Siapa designer akak?

Designer akak seorang lelaki merangkap salah seorang staff operasi akak. Sebarang design dari client akak pass kat dia dulu untuk semakkan. Mana tau tetibe hantar tak kena format, tak cukup saiz, missing fonts, illegal, ade corak menghina atau sebagainya. Akak mesti nak jaga reputasi akak dan kompeni. Ye dok? Lagi satu, kalau ada problem dengan artwork, designer akak akan terus kabor, dan akak akan inform client.

Apa format design?

Biasa akak terima segala bentuk .ai dan .eps CS 6 dan kebawah. Kalau yang ada buat dalam Photoshop, diminta untuk buat actual size. Akak taknak timbul isu design pecah atau apa segala masalah berkaitan artwork. Selain daripada ini, akak akan request korang untuk cari designer yang bertauliah atau minta kami tolong buatkan. Tiada masalah~

Saiz Design?

Buat masa ini akak cuma ambil untuk saiz A3 dan A4. Paling besar pun A3, korang nak mintak lagi besar dan pelik2, maka caj pun akan besar dan pelik2.

Hakcipta artwork macam mana?

Hakcipta artwork jatuh pada dua belah pihak. Akak boleh claim, dan korang boleh claim. Dalam agreement masa nak bayar deposit nanti ade tulis. Harap baca.

Kalau design tu dari kitorang macam mana kak?

Kalau design tu dari korang, jangan risau, akak bukan macam pencetak low class yang suka kutip design orang lain dan jual. Akak belajar sampai degree kut. Akak belajar akta pasal hak cipta. Kau jangan main2. Macam akak cakap tadi, akak jaga reputasi akak ye. Akak ni jurutera cetak baju tau! *tapi CGPA akak bukan mcm Pakcik Ahmad Maslan, dia genius!

Kalau kami bagi design macam mana kak?

Senang kerja akak, senang kerja korang dan senang juga akak nak bagi harga murah. Takda hal bro!

Post seterusnya berkaitan Jenis baju dan jenis cetakan. Jangan lupa follow blog akak ni tau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *