Fakta Shenget #ProsesTempah (Jenis Baju/Cetakkan)

Akak dah sentuh bab kuantiti dan design, jadi kali ini akak nak sentuh mengenai jenis baju dan cetakkan. Kenapa kena ada maklumat ini sekiranya korang nak tempah baju dengan akak?

Kenapa ye?

Sebabnya akak perlu masukkan baju korang untuk harga sehelai. Kos terlibat dalam pembikinan baju kebiasaannya terbahagi kepada dua. Pertama printing, kedua baju. Kami feymes bab-bab buat baju raglan yang ada hasu (jahit serong belah bahu tuu) dan t-shirt. Ada juga request baju muslimah, sweater dan baju honeycomb berkolar. Korang jangan ingat akak cuma print tshirt tau.

Apa aje jenis baju akak ada?

Akak banyak baju boleh buat. Walaupun akak dah claim awal-awal yang akak bukan towkey kilang baju, tapi akak memang banyak buat baju. Kebiasaannya adalah baju custom kalau nak pelik-pelik ni. Antara list baju yang akak ada:

  • Tshirt round neck lengan pendek
  • Tshirt┬áround neck lengan panjang
  • Tshirt lacoste (honeycomb)
  • Dry fit (Jersi)
  • Baju muslimah
  • Raglan 3 suku dengan hasu
  • Raglan lengan panjang dengan hasu
  • Raglan lengan pendek dengan hasu
  • Raglan 3 suku tanpa hasu
  • Raglan lengan panjang tanpa hasu
  • Raglan lengan pendek tanpa hasu
  • Dan lain-lain lagi

Korang nak mintak apa, akak boleh bagi. Tapi bila untuk spesific brand, akak kena cari stok dulu. Contohnya;

“Akak, saya nak baju Foursquare sahaja la kak, kawan-kawan saya kena sawan babi bila dia pakai baju lain,”

Jadi akak pun terpaksa cek stok dahulu sebelum buat konformasi. Akak bukan layan sorang-sorang kastemer, ramai akak layan. Jadi biasanya akak akan kumpulkan semua jenis baju dan buat stock check untuk semua. Jadi benda tu makan masa sikit. Sikit tau, bukan 3 hari atau sebulan.

Harga macam mana akak?

Harga tu akak kena konfemkan bila ada stok, jadi apa-apa pertanyaan boleh terus hubungi kami dan kami (biasanya akak) akan inform korang dalam jangka masa pantas.

Kenapa akak buat macam tu? Tak ada price list ke?

Hui, senang korang cakap ye. Akak bagi satu contoh la. Macam Oren Sport, diorang ada berlambak produk. Contohnya;

“Akak, saya nak baju Oren Sport jersi la kak, berapa ha?”

Korang tau tak yang sebenarnya Oren Spot tu ada berpuluh produk. Untuk jersi sahaja ada berbelas spesis. Nak yang mana satu? Paling best, setiap tu berbeza harga. Wow… *mindblown

Akak dah cerita bab baju, bab cetakkan macam mana?

Untuk cetakan buat masa ini akak cuma ada 3 jenis yang akak buat. Akak tau buat yang lain sebab equipment dan demand yang tak mengagumkan. Akak akan buat kalau ada permintaan yang banyak. Jadi, akak ada ini sahaja buat masa sekarang;

  • Emboss
  • Glow in the dark
  • Glitter

Akak dalam proses untuk buat discharge, tapi tu dalam perancangan. Buat masa ni akak tak buat lagi. Akak guna full rubber dye ye. Akak tak guna plastisol. Harap maklum.

 

Post seterusnya akak akan cerita pasal tarikh siap tempahan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *