Fakta Shenget #ProsesTempah (Kuantiti)

Downpayment cerita semalam, hari ni kita cerita bab sebelum downpayment. Proses tempahan ceritanya. Proses tempahan juga sebenarnya akak akan pecahkan kepada beberapa post. Post-post ini akak akan link kalau ade sesiapa yang tidak faham. Senang kerja akak, senang juga kerja korang. Kalau membaca pun susah, jadi;

“Anda tidak layak menerima produk dan servis kami,”

Sebelum sebutharga dikeluarkan oleh akak, akak nak beberapa maklumat mengenai tempahan korang yang lengkap. Kalau tak cukup salah satu, anda akan menerima ayat seperti dalam quotes kat atas. Akak tak marah, tapi memang itu akak akan cakap. Akak nak filter dulu siapa yang betul-betul nak tanya harga atau sekadar angin lalu melempas rindu. Ceewwah!

#Kuantiti

Kuantiti adalah perkara pertama yang selalu pelanggan akak ada. Sebab kuantiti ini senang je nak anggarkan.  Kebiasaannya kuantiti merujuk kepada keseluruhan bilangan helaian baju yang hendak dicetak. Akak perlukan kuantiti supaya senang akak nak kira berapa korang punya kos sehelai. Kang kalau akak bantai kira selonggok campur-campur, korang pulak pening. Bila pening, akak lagi pening nak explain kenapa harga dia macam tu.

Tak susah kalau korang nak kira kuantiti ni dan jangan risau, harga untuk semua saiz akak pukul sama je. Tak kiralah XS sehinggalah XXXXL tu. Akak akan bantu korang untuk kenal pasti kesesuaian kuantiti dengan harga. Akak akan tolong sampai habis.

Sekiranya korang nak harga murah, akak sarankan letaklah kuantiti banyak sedikit. Sebab apa? Sebab akak perlu seimbangkan kos cetakan dengan kuantiti. Akak hanya perlukan 1 blok cetakan sahaja untuk 1 lokasi dan 1 warna. Sekiranya ada 30 helai, 120 helai waima 1000 helai pun, hanya 1 blok sahaja diperlukan. Bazir buat blok banyak-banyak. Jimat juga duit korang.

Post seterusnya akan menyentuh berkenaan design.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *