Fakta Shenget #ProsesTempah (Tarikh Siap)

Antara point terakhir yang wajib akak sentuh ketika memproses tempahan adalah tarikh siap. Hipothesis akak senang;

“Semakin cepat tarikh siap tempahan, semakin mahal harganya,”

Ini yang akak pegang dari awal penubuhan Shenget dulu. Akak tahu pun sebab akak percaya pada ini;

“Semakin terdesak seseorang itu, mereka juga tak kesah pasal duit (mereka kaya),”

Jadi, rancanglah tarikh siap tempahan korang supaya memudahkan kerja akak dan menjimatkan duit korang. Akak tak ada masalah sebab akak kapitalis. I’ll go where money went. Kah kah kah!

Ehem!

Berapa lama akak siapkan baju?

Soalan bernas. Jawapan akak pun bernas. Ikut kuantiti tempahan dan jenis cetakkan. Akak tengok dua ini dahulu sebelum akak cek production que. Macam minggu ni, production akak sangat full sehinggakan akak cuma boleh ambil order dari hari Khamis ini sahaja. Dan production full lepas Kamis sehingga akhir minggu ini sebab hari selasa lepas baru masuk order baru. Next order might be next week. Okay, faham?

Abes tu kalau stended akak punya timeline berapa lama?

Kalau stended, akak biasanya reserve 3 hari hingga seminggu untuk baju tshirt biasa dan untuk tshirt custom lebih kurang seminggu ke 15 hari. Depends on quantity. Ini adalah tarikh production normal sebab akak dah masuk masa-masa kecemasan sekali. Dalam agreement biasanya maksimum 15 hari sahaja. Masa rekod kami adalah 24 jam. Itupun baju tshirt biasa, 1 warna untuk 30 helai.

Biasanya bila akak proses buat baju?

Kalau ikutkan, akak proceed lepas dah bayar deposit. Tapi ada yang nak tukar saizlah, warna baju, jenis baju dan lain-lain cekadak, akak akan confirm order 3 hari lepas downpayment dibuat. Itu paling lewat. Lepas tarikh tu, akak tak layan.

Ada apa-apa lagi yang akak nak beritahu?

Ada, akak cuma akan proceed order lepas dah dapat downpayment. Tarikh 1 5hari countdown tempahan siap bermula dari tarikh deposit dibayar. Jadi sebarang perubahan tarikh siap tempahan minta maklum awal-awal. Akak nak korang dapat hasil yang terbaik dari air tangan crew2 akak, jadi akak akan pastikan crew2 akak tenang ketika buat kerja. Hasil pun terbaik.

 

Next post akan cerita mengenai point tak berapa nak penting ketika tempahan iaitu, belanjawan (bajet).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *