Jurnal Bisness Aku Hilang

Sepatutnya kitorang update pasal Tshirt KSP ni. Akibat banyak sangat perkara berlaku, aku asik tangguh je. Nak tulis kat blog ni pun ambil masa yang agak lama. Nak menulis perlukan mood.

Jadi mood aku dah datang malam ni. Tapi sikit je la sebab aku ditimpa musibah. Jurnal bisness aku buat semenjak 10 bulan yang lepas dah hilang sebab Samsung galaxy Note 8.0 aku terformat. Aku tak tahu macam mana, tapi tiba2 hilang.

Paling sedih, semua jurnal bisness aku yang aku tulis dah hilang macam tu aje.

Aku rasa lepas ini jurnal bisness aku akan tulis dalam blog ni aje la. Mungkin ada sesetengah post tu aku hidden. Mungkin kerana terlalu sensitif untuk aku kongsikan. Sensitif dari pihak aku, atau pihak pelanggan.

Kadang-kadang aku tulis sebagai nota kebodohan diri. Tentang apa yang aku belajar selama setahun lebih berniaga kecil-kecilan.

Entahlah.

Kembali menjadi tiada mood.

10 bulan punya entri kot. Eh, sial la!

Harga Cetak T-shirt dan Harga T-shirt 2016

Dah lama tak update blog ni. Alasan cliche lagi diberi. Aku bizi sangat sampai tak sempat nak update ape2.

Aku baru pindah rumah, jadi tapak operasi pun berpindah ikut aku sekali. Tu permulaan tahun 2016. Selain dari itu, dengan ekonomi Malaysia dan dunia tak berapa nak stabil, maka harga baru pun dibuat sebagai melengkapkan tahun ‘ekonomi tak stabil ni.

Harga yang berubah cuma Foursquare dengan harga cetak. Lain-lain harga masih maintain takde ubah.

Boleh la usha kat Harga Cetak T-shirt dengan Harga Tshirt Foursquare yang baru ye.

Sebarang pertanyaan boleh terus wasap di 011- 3250 7626

Website tengah buat

Selamat tahun baru semua.

Untuk tahun yang baru ni Shenget Studio sedang menaik taraf beberapa perkara. Antaranya adalah website. Tempahan diambil seperti biasa tapi website dalam maintenance ye.┬áJadi sementara waktu ni website ShengetStudio akan di divert ke blog. Buat sementara jeee…

Nanti kalau dah okay, akan diberitahu dalam media sosial ye. Harap bersabar

Mana Nak Dapatkan Dana Untuk Perniagaan?

Aku selalu pesan kat Atiqah, jaga cashflow. Tu asasnya kami dapat bertahan sehingga sekarang. Bab-bab duit ni kami memang berhati-hati. Jadi apa-apa keputusan berkenaan duit akan melalui perbincangan dahulu.

Pesanan kedua adalah, jangan buat loan kalau masih dalam fasa surviving. Fasa surviving adalah dalam lingkungan 3 tahun perniagaan itu dibuat. Masa itu tidak sesuai untuk memulakan perniagaan dengan meminjam mana-mana institusi kewangan. Tapi benda ni boleh void. Sekiranya sudah melepasi benchmark 1) Revenue syarikat 2) Tahun beroperasi. Dedua ini adalah indicator terbaik sekiranya mahu kembangkan perniagaan anda.

Apa-apa pun, aku share video ni mana tahu dapat membantu korang.