SOP Baru Untuk Department Baru

Hahaha…

Setelah lama kami berniaga, hanya malam tadi kami baru buat keputusan untuk membuat dokumentasi dan penyimpanan rekod secara bersistem. Serius, aku dengan Atiqah bukan sumber terbaik kalau nak rujuk bebenda berkaitan akaunting dan seumpamanya. Kami memang tak berapa ngam dengan nombor. Tapi itulah yang seronok kami buat. Hari-hari kami akan dapat ilmu baru. Tak kira dari apa bidang dan cabang, tapi hari-hari mesti ada imput baru yang kami akan dapat.

Malam kelmarin aku dengan Atiqah pergi berguru dengan seorang kenalan aku dari tempat kerja fulltime aku. Memang tidak dinafikan aku dengan nombor memang ada sejarah yang buruk. Aku tidak ada bakat dalam nombor semenjak dari aku kena hafal sifir masa sekolah rendah. Aku kenal matematik dengan kaedah yang buruk dan teruk masa disekolah. Siapa tak hafal sifir, teruk kena malu. So, kerana malu tu la aku takda nak pandai dalam matematik.

Macam Atiqah, aku akui dia memang hebat bab nombor ni. Jadi kami sepakat yang dia akan jaga bahagian akaun dan rekod-rekod dalam syarikat.

Masalah kami adalah aku dengan Atiqah takda belajar prinsip perakaunan dan itu sangat menyukarkan kami untuk membina sistem kewangan dalam Shenget. Aku minta dia hubungi kawan-kawannya yang ahli dalam bidang perakaunan, tapi malangnya dia tidak mempunyai jaringan sepertimana aku.

Alhamdulillah, berkat aku berkerja secara sepenuhmasa di sebuah syarikat media dalam Malaysia ini membolehkan kepelbagaian jaringan aku sendiri. Aku terus menghubungi Shahrul. Beliau salah seorang staff dalam finance department kompeni aku kerja ni dan kini beliau bekerja sepernuh masa dalam sebuah firma pengauditan di Damansara. Pada aku, beliau adalah salah seorang ahli dalam bidang perakaunan dan boleh membantu aku.

Alhamdulillah juga, kami berjumpa juga malam tadi.SME Account #1
Hasil daripada perbincangan kami, aku dapat rumuskan:

1. Kami kena betulkan kedudukan cashflow yang masih samar-samar supaya keputusan boleh dbuat dengan mudah dimasa hadapan. Setup SOP sendiri.

2. Wujudkan satu akaun khas dimana-mana bank pilihan kami sebagai permulaan untuk menyelaraskan sistem kewangan syarikat.

3. Betulkan format buku tunai (Cash Book) sedia ada. Kami tak tahu format, jadi cash book kami memang stail kampung.

4. Wujudkan beberapa buku lain untuk rekod. Senang nanti nak rujuk semula sekiranya ada perkara-perkara berbangkit.

Dan memang jelas dan nyata banyak perkara aku dengan Atiqah kena buat untuk memastikan aliran tunai kami teratur dan tidak menimbulkan unsur-unsur ragu dalam menetapkan keputusan pada masa hadapan.

Shahrul cakap dengan kami yang ada perkara lain lagi yang perlu kami buat, tapi buat masa ini, cukup dulu dengan 4 perkara utama ini dahulu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *