Harga T-shirt Baru September 2015

Mungkin tak sedap untuk dicerita, tapi ini hakikat yang kitorang kena hadap. Rasa beban kalau ikutkan tapi nak buat macam mana kan, dah terpaksa.

Baru-baru ni kami dapat satu pengumuman dari syarikat pembekal baju kosong yang mengatakan harga baju mereka akan naik akibat dari penurunan nilai matawang Ringgit Malaysia berbanding Dolar Amerika. Jadi tanpa melengahkan masa, aku share harga baru yang telah berkuatkuasa 1 September 2015 sertamerta.

Aku juga nak minta maaf kepada regular customer yang sudi meng-repeat order dari Shenget atas kenaikan harga ini. Memang tak boleh nak elakkan. Aku rela naikkan harga dan maintain kualiti servis yang sedia ada. InsyaAllah, Shenget akan memperbaiki servis dari masa kesemasa.

Buat masa ini hanya satu supplier sahaja yang membuat pengumuman secara rasmi kenaikan harga pakaian mereka. Bagi baju yang lain, masih sama tiada perubahan. Sekiranya ada pertanyaan, boleh terus Whatsapp kami untuk mendapat harga yang baru. Jangan risau, servis layanan kami masih maintain walaupun tekanan dari faktor luaran semakin hari semakin tak masuk akal.

Antara berita lain yang menarik dari kami adalah penurunan harga minyak petrol. Kita tahu harga minyak dah takda subsidi. Setiap bulan ada kemungkinan akan naik dan turun. Jadi untuk itu, Shenget dan krew rasa bersyukur sebab kami dapat kurangkan kos logistik. Tapi kos logistik makan peratusan yang tipis je berbanding kos majoriti pengeluaran. Jadi benda tu dah consider masuk sekali dalam timbal balik harga baru bagi t-shirt 4 square. Takda cas melampau. Kompetitif ikut market.

Harga 4square baru 1 sept 2015

Boleh lawat sini untuk dapatkan maklumat baru tshirt Foursquare ye kawan-kawan.

 

Jadi, teruskanlah menyokong kami yang baru nak up ini. Kami banyak perancangan tapi nampaknya buat masa ini terpaksa slow atas faktor kekurangan staff. Sehingga kini, kami masih bergerak secara berdua, Aku dan Atiqah je.

Oh ya sebelum aku terlupa, Akak Shenget akan kurator bagi media sosial seperti fesbuk, insta dan Twitter sahaja. Bagi blog pula, aku dengan Atiqah (Kalau dia rajin nak tulislah) sebab Akak Shenget agak sibuk memandangkan dia tidak fulltime dengan kami dan sekadar berkhidmat secara percuma. Orang dah berkahwin ni susah nak buat macam-macam benda. Biasalah, banyak komitmen.

Keh keh keh...

Tarikh Rasmi Pelancaran Website

Walawei~

Alhamdulillah, setel dah kami punya website ni. Sekarang tinggal update sikit-sikit punya benda je. 2 minggu jugalah nak siapkan benda ni disamping menyusun gerak atur dengan production yang menimbun. Lepas ni jangan risau ye. Blog ni akan diupdate sekerap yang mungkin.

Tarikh nak lancarkan ada dalam 6 April. Tunggu je la sampai tarikh tu.

Sebarang masalah boleh terus hubungi kami ye.

Adios~