Mana Nak Dapatkan Dana Untuk Perniagaan?

Aku selalu pesan kat Atiqah, jaga cashflow. Tu asasnya kami dapat bertahan sehingga sekarang. Bab-bab duit ni kami memang berhati-hati. Jadi apa-apa keputusan berkenaan duit akan melalui perbincangan dahulu.

Pesanan kedua adalah, jangan buat loan kalau masih dalam fasa surviving. Fasa surviving adalah dalam lingkungan 3 tahun perniagaan itu dibuat. Masa itu tidak sesuai untuk memulakan perniagaan dengan meminjam mana-mana institusi kewangan. Tapi benda ni boleh void. Sekiranya sudah melepasi benchmark 1) Revenue syarikat 2) Tahun beroperasi. Dedua ini adalah indicator terbaik sekiranya mahu kembangkan perniagaan anda.

Apa-apa pun, aku share video ni mana tahu dapat membantu korang.

Interview: Brader Khairul

Aku baru balik dari jumpa seorang kawan printer ni. Dia ade projek lebih sikit, jadi dia kasi sikit kat aku. Tapi bukan projek tu aku nak cerita. Aku nak cerita pasal seorang brader ni bersama kedai barunya di  pekan Meru.

Aku jumpa dia tadi dalam pukul 9. Lama tak jumpa brader ni. Dulu aku ade sub dia heatpress dengan DTG. Tapi sekarang dia tak buat DTG dah. Tak balik modal katanya. Jadi dia fokus pada heatpress.

Nama brader ni Khairul. Umur dia muda lagi. Baya2 abg aku juga. Rumah dia di Puncak Alam Fasa 2. Aku jumpa dia kat Fasa 3 dalam bulan 2 atau 3 dulu. Dia ternampak iklan aku kat mudah.my. Aku iklankan perkhidmatan silkscreen kat area Puncak Alam ni dulu. Masa aku jumpa dia, dia kata aku antara peniaga silkscreen tunggal di Puncak Alam.

Masa tu aku baru pindah sini. Aku tiada network besar kat area Puncak Alam. Masa aku jenjalan cari peniaga silkscreen lain susah juga nak jumpa. Mungkin juga aku jenjalan blah malam dan diorang dah tutup kot. Jadi masa dia cakap tu, aku iakan je. Maklumlah, x tahu. Hahaha….

Brader Khairul ni mula bisness dari rumah je. Masa aku dok lepak kt rumah dia, memang rumah dah macam kilang. Time tu dia buat part time je. Full time dia kerja kilang kat Shah Alam. Aku rasa dia engineer la kot, sebab depan rumah dia ade seketul motor besar dengan kereta Preve paking. Bukan calang2 orang.

Mula je dari rumah dan sekarang dah setup 1 kedai merangkap butik dia kat Pekan Meru. Pada aku itu dah cukup bagi inspirasi dah. Aku tgk dia awl tahun ni macam mana dulu sampai dia jadi sekarang. Gila betul investment dia.

Patut senyap lama. Kontek tak, ape tak. Last week kontek aku, rupe2nye dia dah ade kedai. Dia bos, dia juga kuli. Jadi la kan… memula… Nanti kalau dah besar sikit, boleh la upah orang kerja.

Dalam kedai dia ada banyak juga baju2 yg bukan dalam scene aku. Bukan minat aku la senang cakap. Baju softball,  American football, Basketball, topi rare pejadah lg la.

Tgk je la gambar kt bawah ni ha.

image

image

Bayangan tak nampak tu dia la. Hahaha…

Jadi kalau korang nak singgah, boleh usha kat Bazar Asy-syarif. Alah… dekat tapak mesjid lama dulu. Nanti kalau dia tanya mana tau, korang seru nama aku… mana tau boleh dapat diskaun. Hahahaha!

Ni kedai dia…

image

Dia tutup pukul 10 malam, hari2 buka.

Mengapa Waktu Operasi Shenget Studio Pelik?

Agak pelik sebenarnya semenjak Shenget beroperasi sudah hamper setahun ni dan masih lagi ramai tak tahu bilakah waktu operasi Shenget Studio secara am. Waktu operasi kami adalah dari pukul 2 petang sehingga 10 malam. Pelik sebab dia bukan dalam waktu bekerja. Sengaja kami buat macam tu atas beberapa sebab. Teruskan bacaan, anda akan tahu sebabnya.

Dahulunya kami hanyalah sebuah syarikat enterprise yang bernaung atas belas ikhsan syarikat lain sebenarnya. Kami hanyalah ejen jualan pada sebuah syarikat besar yang lain. Itu adalah langkah awal kami yang terlibat dalam industri percetakan baju semenjak awal penubuhan dalam tahun 2014. Pada waktu itu, SSM pun belum daftar.

Jurang masa yang agak lama diperlukan bagi memerhati industri pakaian sebelum menubuhkan Shenget Studio. Kenapa? Kami pada masa itu takut. Takut untuk melangkah kerana takut kehilangan duit simpanan kami yang sedikit. Pada waktu tu hanya aku je bekerja sepenuh masa manakala Atiqah menjalankan perniagaan sepenuh masa. Kami kena cepat mencari niche kami sendiri sebelum kami menubuhkan syarikat.

Setelah lama memerhati kami jumpa market dalam golongan kami. Kami sasarkan orang-orang yang menjalankan perniagaan percetakan baju secara sambilan, pelajar sekolah, pelajar IPT dan ejen. Segala aspek perniagaan haruslah berkisar pada golongan market kami. Itu termasuklah, harga, hasil, cara iklan, SOP yang digubal, marketing material, dan yang kami paling faham adalah waktu operasi.

Kalau kami memilih untuk beroperasi dalam waktu berkerja, 9 sehingga 6 petang, maka itu adalah sangat tidak sesuai pada target market kami yang pada dasarnya sukar untuk membuat temujanji pada pukul 9 malam sehingga 6 petang. Kami juga sebulat suara ingin mengubah waktu operasi dari 2 petang sehingga 10 malam. Itu adalah afdhal untuk target market kami dan untuk aku. Aku kerja sepenuh masa dari pukul 9 pagi sehingga 6 petang. Hanya waktu 2 petang sehingga 6 petang aku tidak dapat membantu Atiqah, selebihnya dari pukul 6 sehingga 10 malam itu adalah masa untuk bekerja di Shenget Studio.

Jadi selepas ini jangan pelik kenapa waktu operasi kami dari pukul 2 petang sehingga 10 malam. Kami hipster (acah-acah).

#ShengetKupas: Interview Mangsa MLM

 

Aku ada ramai juga kawan-kawan yang sembang gebang untuk berniaga dan mencari side income lebih. Sembangan mereka tak kemana dan rata-rata hangat2 tahi ayam. Agak-agak kenapa ye?

Orang Malaysia ni amnya sangat suka kepada ritorik cerita yang kembang meletup dari sahabat-sahabat rapat mereka. Lagi best cerita tu datang dari saudara-mara rapat. Memang meletop ceritanya.

“Kau boleh yakinkan orang untuk masuk, tapi untuk yakinkan orang bagi duit atau cari duit tu yang payahnya,” kata Yayoh. Yayoh (bukan nama sebenar) adalah antara mangsa skim MLM atau kata popularnya Multi Level Marketing yang sering kita dengar memerangkap orang kurang cerdik sehinggakan ramai yang muflis akibat tidak mampu membayar hutang daripada program MLM yang disertai.

Dia cerita juga pasal ramai anak-anak muda dalam kalangan orang Melayu yang ramai terjebak dengan MLM seawal usia 18 tahun. Aku pun tak heran, ramai je kengkawan yang join MLM, dan ramai juga berjaya. Dah dapat balik modal, chow buat bisness lain. Susah nak mempertaruhkan kepercayaan orang pada kita. Bantai kita sembang benda palsu, naya je kena ban satu kampung.

Walaupun usia Yayoh dah menjangkau hampir 30an, namun pengajaran pahit ketika join MLM tidak mungkin dapat dilupakan. “Benda ni kalau buat betul-betul, memang boleh berjaya. Masa aku dulu keluar MLM sebab upline aku makan duit,” sembang Yayoh lagi.

Pada aku pada usia 25 tahun macam ni dah bermacam-macam skim aku tapis. Modus operandi MLM ni ramai dah tahu rasanya. Member lama tak kontek, tetibe kontek ajak lepak. Kita pun gembira, ingat dapat eratkan silaturrahim kan. Padahal basah kena kencing. Ajak main boling katanya, tapi lepak dengan upline-upline. Jenuh kena basuh. Parah bhai macam tu.

Apa yang aku belajar dari geng MLM ni banyak. Lebih kepada motivasi yang diterapkan dalam program mereka. Sangat bermotivasi dan bersemangat untuk memulakan bisness. Produk mereka juga bagus. Ada juga yang tak bagus. Pada aku yang tak bagus ni mungkin kurang penjelasan pada downline-downline yang termotivasi dengan wang ringgit. Habuk pun takda. Susah betul nak betulkan persepsi orang yang berniaga bukan sebab duit.

Mangsa-mangsa seperti Yayoh dan seangkatan sepatutnya tak boleh kita pandang remeh. Tapi kebiasaanya orang kalau dah terhantuk, baru terngadah memang membuka mata mereka. Duit memang susah dicari, nak habiskan pulak memang senang.

“Aku tak tahu tah macam mana aku boleh kumpulkan duit banyak macam tu untuk bayar diorang,” Yayoh kabor. Aku balas, “Berapa kau keluarkan modal untuk MLM tu?” tak sempat Yayoh jawab, kawan dia dah mencelah, “cukuplah buat beli MyVi sebijik cash,” Aku dengan nada terkejut balas “kau bior betui ni?!” Yayoh frust sambil menjawab, “tu yang aku tak kahwin-kahwin sampai sekarang,”

Kesian benor aku tengok Yayoh ni. Moga-moga ada juga awek yang ajak kahwin free untuk dia. Kuikuikui…