Tajuk nak gempak saje, tapi itulah yang korang akan baca kejap lagi. Bagaimana Shenget Printing Studio membuat amal jariah dengan memberi design secara percuma. Teruskan bacaan, sekiranya anda memenuhi kriteria dibawah, secara automatik design anda akan jadi percuma.
- Font sahaja / design simple
Pernah aku buat order baju dari seorang rakan kampong berkehendak satu design baju bertulis #UngguMelankolik. Aku tak cas ape-ape pun sebab design dia cuma teks dan simple. Tiada visual lain terdapat pada baju tersebut. Untuk design macam tu tak makan masa aku banyak, adalah 10 minit. Yer,itu free je Shenget letak.
- Order Banyak Helai
Dah la simple design, lepas tu korang cakap “bro, nak order 7 ribu helai boleh?” terus aku reply, “diskaun berganda-ganda aku bagi kau sekarang juga”. Bukan setakat aku bagi design free bhai, aku bagi lagi baju extra free sebagai hadiah untuk ko.
Senang cerita, kalau korang order design yang kompleks pun tapi order dalam kuantiti ratus ribu, eh, tak seganlah aku nak bagi free design tu. Lagi banyak lagi bagus. Pernah dengar ungkapan keramat aku? ‘orang tamak selalu untung’.
- Repeat Order Customer
Ini khas untuk ejen dan pelanggan yang pernah berurusan dengan Shenget. Free design for you. Ni aku tak tipu. Kami di Shenget Studio memang dah standby dengan pakej repeat order customer yang power repeat order banyak kali. Susah tau nak dapat designer macam kami yang baik hati. Kui kui kui…
Design kompleks pun bagi je, tapi rule ini apply untuk #2 sahaja. Kalau design kompleks tapi nak order sehelai, memang kena luku sia-sia je.
- Negosiasi Terbaik
Bahagian negosiasi tak ramai dapat buat sebab tak ramai ada PR yang bagus. Skill komunikasi yang tinggi diperlukan untuk capai tahap free design. Korang jangan ingat setakat tawar menawar dengan kami je masuk bab ni, bab lain turut termasuk.
Biasanya negosiasi bentuk begini perlukan win-win situation. Ada give and take. Kalau agak-agak berat sebelah, memang kami tak layan. Tak layan pelanggan yg banyak lemak. Dah la order sikit, design kompleks lepas tu minta diskaun bab design. Luku free je dapat.
- Customer ‘aweks’ atau ‘jejans’
This only works with me. Atiqah dia immune dengan aweks dan mungkin kalah dengan jejans. So, dalam organisasi korang ada lelaki dan ada wanita, sediakanlah individu berlainan jantina untuk berurusan dengan kami. This is automatically you know. However, the chances are low but there are still chances even though low in percentage. Aku dah try dengan banyak organisasi dan orang-orang lain. Memang berkesan.
Kesimpulan…
Selepas ini kalau nak berurusan dengan kami dan ingin mendapatkan design percuma, boleh guna mana-mana satu taktik diatas (atau guna semua) untuk mendapatkan hasil yang memberangsangkan. Aku rasa benda ni turut berkesan dengan pencetak yang lain juga. Bhai, aku tahulah. Aku pun designer juga.
Kah kah kah!