Terima Kasih Sokong Kami!

Alhamdulillah,  Shenget Studio dapat dipaparkan dalam slot Lensa Siswa untuk beberapa minit. Semalam pukul 7 malam di TV 1. Gembira jangan ceritalah. Bila sudah dapat endorsement dari salah satu prominent media company dalam Malaysia, memang best gila wei.

Maaflah aku tak dapat nak datang. Terima kasih juga pada En Faizal, salah seorang pensyarah kami yang bersusah payah datang interview Atiqah. Tak lupa pada mdm Zaliffah atas peluang yang diberi pada Aku dengan Atiqah untuk mengetengahkan perniagaan kami.

Memang susah kami struggle nak survive dalam dunia perniagaan kami, tapi macam aku cakap dengan Atiqah,  kita ada holding power yang tak ramai peniaga ada. Kita takda pinjam bank. Kita guna apa yang ada untuk mulakan dan maintain bisness kami. Aku dengan Atiqah guna RM 600 je untuk startup bisness. Masa tu Atiqah invest dalam bisness tudung dia, aku invest dalam printing.

Seronok dan mencabar buat bisness, tapi itulah yang mencorak kehidupan kami. Shenget adalah our blood, sweat and tears.

Terima kasih pada mak aku. Selepas je habis rancangan tu dia terus call Iqa dengan aku. Terdengar nada bangga dia dihujung talian. Ini memang pemangkin semangat kami dalam berniaga. Mak Atiqah lagi la, dia suruh seluruh family tgk TV. Mereka tumpang bangga dengan pencapaian kami. Alhamdulillah syukur nikmat.

Kepada sahabat-sahabat kami yang nak berkongsi ilmu perniagaan, just give us a call and we will gladly help you guys through. No extra charges, enough with all your guys prayer and support towards out business.

ps: Kalau ada yang nk invest dalam bisness kami pun dialu-alukan.

image

image

image

image

image

Interview Petang Ini

 

Hari ini sepatutnya aku dan Atiqah kena interview. Pukul 3 dekat seksyen 7. Memang niat nak pergi, tapi macam malas je. Aku kerja kat opis, biar Atiqah je yang pergi. Malas nak amek pot. Semalam call cakap nak interview hari ni. Memang tidak dapatlah aku meluangkan masa aku untuk itu. Banyak benda lain aku boleh buat dalam opis ni.

Nawaitu kami masa buka Shenget Studio dulu adalah untuk membantu para pelajar IPT, peniaga-peniaga kecil dan organisasi yang lain mengetengahkan mesej, jenama dan ikon mereka melalui wadah media pakaian. Memang itu asal kami asaskan Shenget Studio ni.

Namun begitu, semakin hari semakin banyak kami boleh buat untuk membantu target market kami mengetengahkan mesej, jenama dan ikon mereka. Aku nak venture media lain selain pakaian untuk membantu mereka pada masa akan datang.

Aku boleh buat, tapi masalah kekangan masa dan tenaga kerja menyebabkan buat masa ini kami fokus pada pakaian dahulu. Tapi dalam masa depan, mungkin kami besarkan lagi skop media kami. Mungkin pada media cetak atau elektronik. Tapi aku gemar elektronik berbanding cetak. Tapi terpulang pada client untuk menggunakan media mana atas faktor strategi pemasaran masing-masing.

Terpulang pada merekalah.

Katalah matlamat utama kami adalah duit, nampaknya kami tak jaga kualiti kerja kami. Kami akan buat sambil lewa je. Para pelanggan yang datang membawa duit berkepok itulah yang kami akan layan firstclass. Hak tuih, takda maknanya. Kami tak hadap untuk jadi feymes atau popular. Kami nak orang tahu kualiti kerja kami terbaik melalui pelbagai medium. Moga-moga Tuhan permudahkan kerja kami.

Aku tak tahu sejauh mana pula interview petang ni berjalan sebab aku risau selama ni aku yang uruskan media relation. Contohnya masa dengan surat khabar Sinar Harian tempohari. Harap-harap Atiqah tak kekok bila masuk TV nanti. Itu pun aku tak pasti masuk TV ke tak, tunggu petang nanti pukul 3. Pandai diorang la nak buat kerja macam mana nanti.