Tak semua design boleh buat

Kami di Shenget Studio banyak terima pertanyaan yang kompleks dan pelik-pelik. Kali ni kami memang nak cerita satu benda supaya bakal-bakal pelanggan dan pelanggan yang lepas dapat mengambil iktibar dalam kes yang selalu kami dapat.

Minggu ni ramai prospek pelanggan kami bertanyakan maklumat berkenaan baju. Tu biasa. Lagi biasa selepas dapat harga mereka senyap seribu bahasa. Keh keh keh. Sifu aku kata pun benda tu biasa.

Jadi apa yang biasa pelanggan buat adalah memberi skrip soalan seperti dibawah:

Design Tshirt Tak Boleh Buat

Unik kan? Tak gitu?

Gambar diatas adalah illustrasi yang kerap kami terima dan kadang-kala jenuh nak explain banyak kali dengan bahasa yang mudah pada mereka. Memang rumit nak memahamkan pelanggan berkenaan FAQ yang kami terima.

Tapi rakyat Malaysia kengkadang memang ‘state of the obvious’ sebab pengalaman kami memang macam tu. Dulu waktu aku dengan Atiqah berada dalam industri buku Malaysia, kami ada tour untuk jual buku dan rata-rata pelanggan akan tanya, “berapa harga buku-buku ini dik,” walaupun dihadapan gerai kami sudah terang tertulis, ‘3 buku RM50’. Agaknya nak kena tonyoh kat batang hidung baru nampak ke macam mana?

Kami suka prospek yang bertanya begitu. Itu adalah indikator kepada persoalan, ‘diorang ni minat ke nak beli buku?’ dan untuk itu kami akan kembangkan 1 soalan tadi menjadi soalan yang lain supaya satu bentuk perbualan terhasil. Perbualan tersebut akan menambah minat mereka untuk membeli produk kami dengan harga yang berpatutan.

Kalau baju agak kompleks sikit sebab kami memang tak dapat terima pelanggan punya design yang merapu dan bukan dalam bentuk solid color. Kalau untuk itu, biasanya kami akan outsource untuk DTG dan bukan silkscreen. Maka bayaran dia pun bukan biasa kerana metod percetakan pada pakaian itu adalah berbeza dari apa yang kami tawarkan.

Perhatikan design yang diberi. Ada banyak warna dan shadow design tersebut agak tidak tersusun rapi. Sememangnya agak kompleks untuk menggunakan teknik silkscreen. Bukan kami taknak buat, tapi kami tiada mesin untuk DTG. Mesin dia mahal woo…

Hahaha!

Kenapa harga display dengan harga lepas Whatsap lain?

Soalan atas tu kami biasa dapat sekiranya individu terbabit melihat senarai harga dalam website shengetstudio.com dan terkejut akan perbezaan harga antara dua harga tersebut.

Antara sebabnya kenapa kami asingkan harga display dengan harga sebutharga selepas di Whatsapp, PM atau call ada beberapa perkara seperti tercatat dalam senarai dibawah:

1. Menyaring pelanggan dahulu.

Itu memang matlamat utama perbezaan dua harga. Kenapa nak saring? Sebabnya kami mahu bezakan antara pelanggan yang serius untuk berurus niaga dan pelanggan hanya nak tahu harga. Ada beza dua itu. Ada pelanggan selepas mendapat tahu harga, dia terus tidak hubungi kami terus atas faktor murah dan mahal. Bazir masa layan pelanggan macam ni sebenarnya. Tapi walaupun harga sudah beza, dan mereka sudah Whatsapp atau call, akan ada terus tidak menghubungi kami. Biasa la tu~

2. Keseriusan untuk mencetak t-shirt.

Ikut logik akal, sekiranya anda mahu mencetak baju atau niat untuk mencetak baju, sudah pasti anda sudah menyiapkan beberapa data penting yang kami mahukan dalam setiap urusan meminta sebut harga. Antaranya adalah kuantiti baju, jenis baju, design printing, tarikh siap dan budget. Pada tahap ini kami memang menganggap anda sudah siap sedia untuk berurusniaga dengan anda.

Ada maklumat tersebut akan memudahkan kerja kami bagi harga, secara automatik harga display tidak valid sebab harga kami bagi sebutharga adalah harga yang sesuai dan berpatutan dengan kualiti dan kuantiti tempahan. Lain harganya.

3. Keperluan setiap projek.

Ada maklumat yang kami perlukan mungkin boleh mengurangkan kos cetak anda. Jangan risau, kami pun pemalas, jadi kami akan cas murah sebab kami sudah ada cara untuk memudahkan kerja kami dan menjimatkan anda. Jelas sini menunjukkan keperluan setiap projek adalah berbeza mengikut kuantiti, jenis baju, rekabentuk cetakan, waktu siap tempahan dan bajet pelanggan sendiri.

Kami memang nak bantu anda mengurangkan kos. Jadi harga dalam website adalah harga yang paling mahal kami bagi. Dia tidak akan melebihi dari harga display di website.

Kesimpulan.

Sekiranya anda nak tahu harga sebenar sesuatu baju untuk dicetak, boleh terus pergi ke cara-cara menempah. Isikan borang dan kami akan follow up secepat yang mungkin menerusi Whatsapp. Itu yang paling cepat, mudah dan tepat.

Design 101- Bagaimana meminta design percuma

Tajuk nak gempak saje, tapi itulah yang korang akan baca kejap lagi. Bagaimana Shenget Printing Studio membuat amal jariah dengan memberi design secara percuma. Teruskan bacaan, sekiranya anda memenuhi kriteria dibawah, secara automatik design anda akan jadi percuma.

  1. Font sahaja / design simple

Pernah aku buat order baju dari seorang rakan kampong berkehendak satu design baju bertulis #UngguMelankolik. Aku tak cas ape-ape pun sebab design dia cuma teks dan simple. Tiada visual lain terdapat pada baju tersebut. Untuk design macam tu tak makan masa aku banyak, adalah 10 minit. Yer,itu free je Shenget letak.

  1. Order Banyak Helai

Dah la simple design, lepas tu korang cakap “bro, nak order 7 ribu helai boleh?” terus aku reply, “diskaun berganda-ganda aku bagi kau sekarang juga”. Bukan setakat aku bagi design free bhai, aku bagi lagi baju extra free sebagai hadiah untuk ko.

Senang cerita, kalau korang order design yang kompleks pun tapi order dalam kuantiti ratus ribu, eh, tak seganlah aku nak bagi free design tu. Lagi banyak lagi bagus. Pernah dengar ungkapan keramat aku? ‘orang tamak selalu untung’.

  1. Repeat Order Customer

Ini khas untuk ejen dan pelanggan yang pernah berurusan dengan Shenget. Free design for you. Ni aku tak tipu. Kami di Shenget Studio memang dah standby dengan pakej repeat order customer yang power repeat order banyak kali. Susah tau nak dapat designer macam kami yang baik hati. Kui kui kui…

Design kompleks pun bagi je, tapi rule ini apply untuk #2 sahaja. Kalau design kompleks tapi nak order sehelai, memang kena luku sia-sia je.

  1. Negosiasi Terbaik

Bahagian negosiasi tak ramai dapat buat sebab tak ramai ada PR yang bagus. Skill komunikasi yang tinggi diperlukan untuk capai tahap free design. Korang jangan ingat setakat tawar menawar dengan kami je masuk bab ni, bab lain turut termasuk.

Biasanya negosiasi bentuk begini perlukan win-win situation. Ada give and take. Kalau agak-agak berat sebelah, memang kami tak layan. Tak layan pelanggan yg banyak lemak. Dah la order sikit, design kompleks lepas tu minta diskaun bab design. Luku free je dapat.

  1. Customer ‘aweks’ atau ‘jejans’

This only works with me. Atiqah dia immune dengan aweks dan mungkin kalah dengan jejans. So, dalam organisasi korang ada lelaki dan ada wanita, sediakanlah individu berlainan jantina untuk berurusan dengan kami. This is automatically you know. However, the chances are low but there are still chances even though low in percentage. Aku dah try dengan banyak organisasi dan orang-orang lain. Memang berkesan.

Kesimpulan…

Selepas ini kalau nak berurusan dengan kami dan ingin mendapatkan design percuma, boleh guna mana-mana satu taktik diatas (atau guna semua) untuk mendapatkan hasil yang memberangsangkan. Aku rasa benda ni turut berkesan dengan pencetak yang lain juga. Bhai, aku tahulah. Aku pun designer juga.

Kah kah kah!

Design 101- Bagaimana menghantar design sebelum cetak

Aku sebenarnya banyak juga kerja que. Tengah nak siapkan beberapa design baju untuk dijual. Tapi Shenget tiada pekerja lain, jadi hanya akulah designer buat masa ini. Aku paling sakit hati bila ade orang request design percuma. Nak maki, kesian. Mungkin dia tak tahu kenapa design kami caj dalam harga printing sekali. Teruskan bacaan, mungkin korang akan faham kenapa aku caj sekali design dalam printing.

Dalam menentukan harga sesebuah tshirt sebelum dicetak ada beberapa faktor seperti:

  • Kuantiti
  • Jenis baju
  • Tarikh siap
  • Bajet
  • Design baju <= Paling bermasalah setakat ini.

Kami dah pesan pada ramai client kami berkenaan design yang disebutkan diatas. Syarat-syarat menghantar artwork pada kami bagi memastikan hasil cetakan terbaik. Tapi sumpah aku berani bet, ramai yang keliru bila bertanya berkenaan design.

Kami memerlukan design tersebut dalam format vector illustrator ataupun high resolution jpeg. Itu adalah imput yang kami perlukan seupaya output dari hasil percetakan kami 100% cantik. Bukan suka-suka nak request benda tu.

Kenapa vector? Sebab dia ringan. Kalau hantar dalam photoshop pun kami akan convert jadi vector. Kami tahu photoshop kadang-kala gambar dia pun bukan dalam bentuk high resolution. Bila zoom in, konfem pecah. Tak caya? Cuba zoom in design dalam photoshop dalam nilai zoom 100%. Perhatikan piksel dalamnya adakah pecah atau tidak? Kalau sudah zoom 100% masih tidak pecah, design itu boleh digunakan.

Apa akan jadi sekiranya design tidak dalam format yang kami mahukan? Kami akan request client untuk beri design dalam format yang sepatutnya. Sekiranya mereka meminta kami untuk buatkan, akan ada caj tambahan dikenakan pada mereka. Kenapa caj tambahan akan dikenakan?

Kami kena trace balik design tersebut dalam format illustrator/ vector. Proses tracing makan masa dan kadang kala merumitkan betul. Itupun bergantung pada design. Sekiranya design dalam bentuk jpeg dan visual seumpamanya, maka secara automatik kami akan trace semula.

Tak tahu tracing tu apa? Boleh google dan tengok video youtube berkenaan proses tracing bagaimana. Itu sebab kami caj design kalau tak lengkap seperti apa yang diminta.

Ps: Ini adalah bahagian pertama dimana bahagian design melibatkan format hantaran dikenakan pada pelanggan. Bahagian kedua adalah berkisar ‘tiada design percuma’. Stay tuned.

Mengapa Waktu Operasi Shenget Studio Pelik?

Agak pelik sebenarnya semenjak Shenget beroperasi sudah hamper setahun ni dan masih lagi ramai tak tahu bilakah waktu operasi Shenget Studio secara am. Waktu operasi kami adalah dari pukul 2 petang sehingga 10 malam. Pelik sebab dia bukan dalam waktu bekerja. Sengaja kami buat macam tu atas beberapa sebab. Teruskan bacaan, anda akan tahu sebabnya.

Dahulunya kami hanyalah sebuah syarikat enterprise yang bernaung atas belas ikhsan syarikat lain sebenarnya. Kami hanyalah ejen jualan pada sebuah syarikat besar yang lain. Itu adalah langkah awal kami yang terlibat dalam industri percetakan baju semenjak awal penubuhan dalam tahun 2014. Pada waktu itu, SSM pun belum daftar.

Jurang masa yang agak lama diperlukan bagi memerhati industri pakaian sebelum menubuhkan Shenget Studio. Kenapa? Kami pada masa itu takut. Takut untuk melangkah kerana takut kehilangan duit simpanan kami yang sedikit. Pada waktu tu hanya aku je bekerja sepenuh masa manakala Atiqah menjalankan perniagaan sepenuh masa. Kami kena cepat mencari niche kami sendiri sebelum kami menubuhkan syarikat.

Setelah lama memerhati kami jumpa market dalam golongan kami. Kami sasarkan orang-orang yang menjalankan perniagaan percetakan baju secara sambilan, pelajar sekolah, pelajar IPT dan ejen. Segala aspek perniagaan haruslah berkisar pada golongan market kami. Itu termasuklah, harga, hasil, cara iklan, SOP yang digubal, marketing material, dan yang kami paling faham adalah waktu operasi.

Kalau kami memilih untuk beroperasi dalam waktu berkerja, 9 sehingga 6 petang, maka itu adalah sangat tidak sesuai pada target market kami yang pada dasarnya sukar untuk membuat temujanji pada pukul 9 malam sehingga 6 petang. Kami juga sebulat suara ingin mengubah waktu operasi dari 2 petang sehingga 10 malam. Itu adalah afdhal untuk target market kami dan untuk aku. Aku kerja sepenuh masa dari pukul 9 pagi sehingga 6 petang. Hanya waktu 2 petang sehingga 6 petang aku tidak dapat membantu Atiqah, selebihnya dari pukul 6 sehingga 10 malam itu adalah masa untuk bekerja di Shenget Studio.

Jadi selepas ini jangan pelik kenapa waktu operasi kami dari pukul 2 petang sehingga 10 malam. Kami hipster (acah-acah).