Mana Nak Dapatkan Dana Untuk Perniagaan?

Aku selalu pesan kat Atiqah, jaga cashflow. Tu asasnya kami dapat bertahan sehingga sekarang. Bab-bab duit ni kami memang berhati-hati. Jadi apa-apa keputusan berkenaan duit akan melalui perbincangan dahulu.

Pesanan kedua adalah, jangan buat loan kalau masih dalam fasa surviving. Fasa surviving adalah dalam lingkungan 3 tahun perniagaan itu dibuat. Masa itu tidak sesuai untuk memulakan perniagaan dengan meminjam mana-mana institusi kewangan. Tapi benda ni boleh void. Sekiranya sudah melepasi benchmark 1) Revenue syarikat 2) Tahun beroperasi. Dedua ini adalah indicator terbaik sekiranya mahu kembangkan perniagaan anda.

Apa-apa pun, aku share video ni mana tahu dapat membantu korang.

Perlu Ke Kena Daftarkan Perniagaan?

Soalan ini adalah antara yang popular bila mula-mula Shenget ditubuhkan. Kami juga dulu bergerak secara ‘haram’ lebih kurang setahun sebelum perniagaan kami didaftarkan. Tak tenang nak buat urusniaga kalau pendaftaran perniagaan tidak dibuat. Supplier susah nak bagi harga supplier, diorang akan kira kita sebagai end-user. Pelanggan turut tak percayakan kita sebagai entiti perniagaan.

Jadi nasihat aku, korang yang baru nak berjinak-jinak dengan perniagaan bolehlah daftar dulu perniagaan walaupun dengan hanya 1 produk atau servis buat masa ini. Apa, kalau daftar perniagaan akan dikenakan cukai terus ke?

Kome jual dadah ke ape? Mabuk ketum?

Pelan Perniagaan Untuk Usahawan Baru

Pada kengkawan yang baru-baru nak up dalam bisness, aku share 1 video ni. Mana tahu boleh membantu untuk memulakan perniagaan. Tapi maaflah, aku tiada rancangan perniagaan seperti yang dikhabarkan. Lambat dan makan masa. Cara Shenget lebih kepada ‘Do first, mistakes second, learn third,’ sebab aku rasa itu lebih efektif berbanding develop business plan seperti yang orang2 SME ni cakap.

Tapi jangan risau, mana-mana pun boleh cuma, nawaitu dah ada kan.

#ShengetKupas: Interview Mangsa MLM

 

Aku ada ramai juga kawan-kawan yang sembang gebang untuk berniaga dan mencari side income lebih. Sembangan mereka tak kemana dan rata-rata hangat2 tahi ayam. Agak-agak kenapa ye?

Orang Malaysia ni amnya sangat suka kepada ritorik cerita yang kembang meletup dari sahabat-sahabat rapat mereka. Lagi best cerita tu datang dari saudara-mara rapat. Memang meletop ceritanya.

“Kau boleh yakinkan orang untuk masuk, tapi untuk yakinkan orang bagi duit atau cari duit tu yang payahnya,” kata Yayoh. Yayoh (bukan nama sebenar) adalah antara mangsa skim MLM atau kata popularnya Multi Level Marketing yang sering kita dengar memerangkap orang kurang cerdik sehinggakan ramai yang muflis akibat tidak mampu membayar hutang daripada program MLM yang disertai.

Dia cerita juga pasal ramai anak-anak muda dalam kalangan orang Melayu yang ramai terjebak dengan MLM seawal usia 18 tahun. Aku pun tak heran, ramai je kengkawan yang join MLM, dan ramai juga berjaya. Dah dapat balik modal, chow buat bisness lain. Susah nak mempertaruhkan kepercayaan orang pada kita. Bantai kita sembang benda palsu, naya je kena ban satu kampung.

Walaupun usia Yayoh dah menjangkau hampir 30an, namun pengajaran pahit ketika join MLM tidak mungkin dapat dilupakan. “Benda ni kalau buat betul-betul, memang boleh berjaya. Masa aku dulu keluar MLM sebab upline aku makan duit,” sembang Yayoh lagi.

Pada aku pada usia 25 tahun macam ni dah bermacam-macam skim aku tapis. Modus operandi MLM ni ramai dah tahu rasanya. Member lama tak kontek, tetibe kontek ajak lepak. Kita pun gembira, ingat dapat eratkan silaturrahim kan. Padahal basah kena kencing. Ajak main boling katanya, tapi lepak dengan upline-upline. Jenuh kena basuh. Parah bhai macam tu.

Apa yang aku belajar dari geng MLM ni banyak. Lebih kepada motivasi yang diterapkan dalam program mereka. Sangat bermotivasi dan bersemangat untuk memulakan bisness. Produk mereka juga bagus. Ada juga yang tak bagus. Pada aku yang tak bagus ni mungkin kurang penjelasan pada downline-downline yang termotivasi dengan wang ringgit. Habuk pun takda. Susah betul nak betulkan persepsi orang yang berniaga bukan sebab duit.

Mangsa-mangsa seperti Yayoh dan seangkatan sepatutnya tak boleh kita pandang remeh. Tapi kebiasaanya orang kalau dah terhantuk, baru terngadah memang membuka mata mereka. Duit memang susah dicari, nak habiskan pulak memang senang.

“Aku tak tahu tah macam mana aku boleh kumpulkan duit banyak macam tu untuk bayar diorang,” Yayoh kabor. Aku balas, “Berapa kau keluarkan modal untuk MLM tu?” tak sempat Yayoh jawab, kawan dia dah mencelah, “cukuplah buat beli MyVi sebijik cash,” Aku dengan nada terkejut balas “kau bior betui ni?!” Yayoh frust sambil menjawab, “tu yang aku tak kahwin-kahwin sampai sekarang,”

Kesian benor aku tengok Yayoh ni. Moga-moga ada juga awek yang ajak kahwin free untuk dia. Kuikuikui…