Tak semua design boleh buat

Kami di Shenget Studio banyak terima pertanyaan yang kompleks dan pelik-pelik. Kali ni kami memang nak cerita satu benda supaya bakal-bakal pelanggan dan pelanggan yang lepas dapat mengambil iktibar dalam kes yang selalu kami dapat.

Minggu ni ramai prospek pelanggan kami bertanyakan maklumat berkenaan baju. Tu biasa. Lagi biasa selepas dapat harga mereka senyap seribu bahasa. Keh keh keh. Sifu aku kata pun benda tu biasa.

Jadi apa yang biasa pelanggan buat adalah memberi skrip soalan seperti dibawah:

Design Tshirt Tak Boleh Buat

Unik kan? Tak gitu?

Gambar diatas adalah illustrasi yang kerap kami terima dan kadang-kala jenuh nak explain banyak kali dengan bahasa yang mudah pada mereka. Memang rumit nak memahamkan pelanggan berkenaan FAQ yang kami terima.

Tapi rakyat Malaysia kengkadang memang ‘state of the obvious’ sebab pengalaman kami memang macam tu. Dulu waktu aku dengan Atiqah berada dalam industri buku Malaysia, kami ada tour untuk jual buku dan rata-rata pelanggan akan tanya, “berapa harga buku-buku ini dik,” walaupun dihadapan gerai kami sudah terang tertulis, ‘3 buku RM50’. Agaknya nak kena tonyoh kat batang hidung baru nampak ke macam mana?

Kami suka prospek yang bertanya begitu. Itu adalah indikator kepada persoalan, ‘diorang ni minat ke nak beli buku?’ dan untuk itu kami akan kembangkan 1 soalan tadi menjadi soalan yang lain supaya satu bentuk perbualan terhasil. Perbualan tersebut akan menambah minat mereka untuk membeli produk kami dengan harga yang berpatutan.

Kalau baju agak kompleks sikit sebab kami memang tak dapat terima pelanggan punya design yang merapu dan bukan dalam bentuk solid color. Kalau untuk itu, biasanya kami akan outsource untuk DTG dan bukan silkscreen. Maka bayaran dia pun bukan biasa kerana metod percetakan pada pakaian itu adalah berbeza dari apa yang kami tawarkan.

Perhatikan design yang diberi. Ada banyak warna dan shadow design tersebut agak tidak tersusun rapi. Sememangnya agak kompleks untuk menggunakan teknik silkscreen. Bukan kami taknak buat, tapi kami tiada mesin untuk DTG. Mesin dia mahal woo…

Hahaha!

Design 101- Tiada design yang percuma

Kepuasan pelanggan adalah keutamaan kami. Memang tidak dinafikan mana-mana perniagaan yang dibuat memang mengutamakan pelanggan. Tapi tahukah anda ada sepsis pelanggan yang kami malas sungguh nak layan bilamana tidak membuat temujanji dan hanya melalui Whatsapp, mereka meminta design baju secara percuma. Oi, bullshit-lah!

Boleh untuk meminta design secara percuma. Tapi itupun atas budibicara kami. Agak lemak sekiranya anda mahukan design yang gempak secara percuma. Kami terus terang malas nak layan. Kami akan caj untuk design dan caj itu mestilah dibayar depositnya dahulu sebelum pen atau pensil diangkat untuk melakar dan idea diperah dari otak.

Masa adalah faktor utamanya disitu. Bukan tak boleh, tapi masa tidak banyak dan timeline production kemungkinan akan terganggu dek kerana request ini. Bukan malas, tapi masa adalah komoditi yang paling berharga dalam kehidupan kita seharian ini.

Kompleksiti sesebuah design bergantung pada tuan punya pakaian. Sekiranya terdapat banyak elimen design yang perlu diterapkan dalam design tersebut, memang panjanglah juga masa dan kemahiran yang diperlukan untuk merekanya. Ikutkan kami terus tolak pelanggan yang meminta design secara percuma dari kami kecuali atas sebab-sebab yang munasabah.

Caj minima yang dikenakan pada pelanggan adalah sebanyak RM 50 sehingga RM150. Itupun bergantung pada design yang dikehendaki. Harga ini adalah harga pembunuh market pada masa sekarang dan kami beri pakej sekali sekiranya anda mahu disertakan sekali dengan cetak. Sekiranya pelanggan mahukan design sahaja bukan cetak, cajnya akan berubah dari RM 300 sehingga RM 500. Mahal bukan? Jadi tak payah fikir banyak, design dan teruskan cetak bersama kami. Pakej tu harganya.

Berkenaan deposit pula, biasanya polisi syarikat kami berkehendakan sebanyak 50% dari jumlah keseluruhan projek. Sekiranya design diminta bersertakan projek baju, kami minta deposit keseluruhan projek. Katalah harga keseluruhan projek adalah RM 1000 dan depositnya adalah RM 500. Tetapi sekiranya design diminta tanpa printing, secara automatik kami hanya akan meminta 50% daripada harga design sahaja, contohnya design kami caj RM 300, depositnya kami minta RM 150. Ini semua dilakukan sebelum apa-apa lakaran dilakukan.

Tak yakin yang designer kami boleh buat kerja dengan baik? Boleh usha portfolio dia buat dahulu sebelum meneruskan transaksi.

Ps: Tetiba aku terfikir untuk post pasal cara-cara nak minta design percuma.

Cara Menetap Harga Baju Tshirt Online

Tajuk agak klise disitu sebenarnya. Akak dah explain banyak kali tapi kali ni ada perbezaan sedikit sebab senarai harga sudah siap. Jadi maklumat mengenai harga sudah boleh di-ekstrak terus dari sumber. Korang boleh agak harga dan bezakan harga antara pencetak yang lain. Dalam masa depan harga tersebut akan dipinda, tapi pindaan dilakukan tidaklah kerap seperti perubahan harga minyak petrol sekarang.

Semestinya kami tidak terikat dengan mana-mana kontrak dan ini membolehkan kami untuk menetapkan harga sukahati kami.

Tapi tu tak power derr...

Harga power kami boleh dapat lagi power kalau korang terus wasap akak 011- 3250 7626 dan terus beri maklumat. Akak akan cadangkan supaya korang boleh dapat tshirt yang berkualiti berbaloi dengan budget korang. Akak nak tolong ye ni, jadi jangan segan nak tanya.

Cara penetapan harga secara kasar boleh dirangkumkan begini:

Harga jenis baju:
Foursquare atau
Gildan atau
Orensport atau
Raglan Custom

+

Berapa warna cetakan yang mahu. Senarai harga cetakan rujuk sini. Guideline dia, 1 lokasi (depan, belakang, dalam @ lengan), 1 warna bersamaan 1 harga.

Print 1 warna Shenget Studio -2

Print 1 warna Shenget Studio -2

Print 1 warna Shenget Studio

Print 1 warna Shenget Studio

Print 2 warna Shenget Studio

Print 2 warna Shenget Studio

Print 2 warna Shenget Studio-2

Print 2 warna Shenget Studio-2

Print 4 warna Shenget Studio -2

Print 4 warna Shenget Studio -2

Print 3 warna Shenget Studio

Print 3 warna Shenget Studio

Print 4 warna Shenget Studio

Print 4 warna Shenget Studio

 

Atas adalah contoh cetakan dan bilangan warnanya. Ini adalah untuk solid color artworks. Kalau gradient macam mana? 

Itu sebablah akak perlukan design penuh dari korang supaya mudah kerja korang nanti terus dapat harga. Korang pun tak tension plak nanti kalau akak tanya macam-macam. Sebab akak dah tahu details, akak tak tanya banyak2 la nanti.

Kalau takda design macam mana? Akak boleh designkan. Tapi bab design akak cerita nantilah sebab post ni bukan pasal design.

Itu adalah cara penetapan harga secara kasar sekiranya berminat untuk menempah tshirt online, boleh terus Whatsapp akak di 011- 3250 7626 atau mengisi borang tempahan kami sediakan 24 jam.