Tak semua design boleh buat

Kami di Shenget Studio banyak terima pertanyaan yang kompleks dan pelik-pelik. Kali ni kami memang nak cerita satu benda supaya bakal-bakal pelanggan dan pelanggan yang lepas dapat mengambil iktibar dalam kes yang selalu kami dapat.

Minggu ni ramai prospek pelanggan kami bertanyakan maklumat berkenaan baju. Tu biasa. Lagi biasa selepas dapat harga mereka senyap seribu bahasa. Keh keh keh. Sifu aku kata pun benda tu biasa.

Jadi apa yang biasa pelanggan buat adalah memberi skrip soalan seperti dibawah:

Design Tshirt Tak Boleh Buat

Unik kan? Tak gitu?

Gambar diatas adalah illustrasi yang kerap kami terima dan kadang-kala jenuh nak explain banyak kali dengan bahasa yang mudah pada mereka. Memang rumit nak memahamkan pelanggan berkenaan FAQ yang kami terima.

Tapi rakyat Malaysia kengkadang memang ‘state of the obvious’ sebab pengalaman kami memang macam tu. Dulu waktu aku dengan Atiqah berada dalam industri buku Malaysia, kami ada tour untuk jual buku dan rata-rata pelanggan akan tanya, “berapa harga buku-buku ini dik,” walaupun dihadapan gerai kami sudah terang tertulis, ‘3 buku RM50’. Agaknya nak kena tonyoh kat batang hidung baru nampak ke macam mana?

Kami suka prospek yang bertanya begitu. Itu adalah indikator kepada persoalan, ‘diorang ni minat ke nak beli buku?’ dan untuk itu kami akan kembangkan 1 soalan tadi menjadi soalan yang lain supaya satu bentuk perbualan terhasil. Perbualan tersebut akan menambah minat mereka untuk membeli produk kami dengan harga yang berpatutan.

Kalau baju agak kompleks sikit sebab kami memang tak dapat terima pelanggan punya design yang merapu dan bukan dalam bentuk solid color. Kalau untuk itu, biasanya kami akan outsource untuk DTG dan bukan silkscreen. Maka bayaran dia pun bukan biasa kerana metod percetakan pada pakaian itu adalah berbeza dari apa yang kami tawarkan.

Perhatikan design yang diberi. Ada banyak warna dan shadow design tersebut agak tidak tersusun rapi. Sememangnya agak kompleks untuk menggunakan teknik silkscreen. Bukan kami taknak buat, tapi kami tiada mesin untuk DTG. Mesin dia mahal woo…

Hahaha!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *